Aku online

Saturday, February 14, 2009

Sukan mengikat tautan ukhwah

Sejak kebelakangan ini, aku asyik bersukan pula. 14 Feb 2009 yang mana ramai anak muda mudi merayakan hari Valantine yang haram untuk diraihkan oleh umat Islam, kami pula menghabiskan masa petang pada hari tersebut selepas asar kira-kira jam 4.20 petang untuk bersukan dengan bermain Futsal bertempat di Padang Futsal Bandar Indah Jaya. Sungguh menyeronokkan dan menunjukan semangat kesukanan yang tidak berbelah bagi antara yang hadir. Begitulah yang dikatakan hikmat di sebalik tuntutan bersukan. Di samping dapat meningkatkan kesihatan malah dapat mengikat hubungan silaturahim antara satu sama lain. Walaupun sebagai lawan dalam permainan namun tautan ukwah antara semua sangat mesra. Aku mengharapkan agar perlawanan seumpama in dapat di teruskan di hari muka agar pertalian kita semua bertambah akrab dan sinonim.


Mereka yang hadir..


perlawanan yang mantap.

Mustaman penjaga gol yang berkaki ayam.


Penat yang jarang-jarang dirasai.


Ust Kama sempat meluangkan masa bersama kami walaupun tidak bermain bersama.

Penjaga gol dan pemain terbaik, Abg Sahar.. jaguh kampung rupanya.



Pemain import dari chelsea.



Pa, jgn serius bah.



Abg Ishar antara pemian yang keluar awal dan ikuti Mustaman. Itulah main tanpa stamina cepat penatlah.




Ruangan ini tidak ingin ku ulas lanjut suasananya, namun bagi mereka yang dijemput bersama-sama yang tidak hadir dan turut sama, rasanya agak sedikit rugi kerana tidak merasai kegembiraan yang kami rasakan. Aku mengharapkan agar di hari lain semua sahabatku agar dapat menyertai walaupun kurang minat untuk bersukan, namun itu jangan dijadikan penghalang untuk tidak menyertainya. Aku pun kaki bangku, tambahan di hari tersebut dengan kesibukan kerja tambah memenatkan badan. Tambahan pula, tiada kelengkapan sukan seperti kasut dan seluar sukan hampir melumpuhkan semangatku untuk turut serta, maka aku pun turun bermain dengan berkaki ayam dan memakai seluar “slack”. Namun semua itu, kita lupakan seketika untuk bersama sekali-sekala untuk luangkan masa bersama dalam permainan. Mungkin selepas ini kita boleh bermain bowling pula.. manfaatkan pusat sukan yang ada di Sandakan ini.

sekian.
Oleh : Nash

Tuesday, February 10, 2009

Sukan dan halatuju


Petang tadi selepas habis sesi persekolahan kira-kira jam 1 pm. Persatuan badminton SM (S) As Salam telah mengadakan latihan badminton buat julung kalinya pada tahun ini di dewan Masyarakat Sandakan. Rasanya hampir 4 tahun sudah tidak bermain permainan ini. Maka semasa sesi latihan tadi agak jangkal juga ketika memegang raket kepunyaan pelajar tambahan tanpa persediaan dari segi pakaian sukan menambahkan kejangalan. Namun agak seronok juga bersukan bersama pelajar dan guru dengan suasana yang agak mesra. Maka di ruangan ini, sekali lagi ingin saya kongsi mengenai pendapat peribadi yang lahir dalam naluri saya sendiri.

Bangunan Sek Men (S) As Salam.

Sukan pada dasarnya merupakan suatu tuntutan yang di syariatkan oleh tuntutan agama. Ini kerana melalui sukan, ia dapat membentuk keperibadian seseorang yang lebih bersifat disiplin terhadap diri sendiri dari segi kesihatan dan kecergasan minda serta akal fikiran. Untuk mengulas lanjut akan kebaikan dan hikmat bersukan, saya bukanlah orang yang layak untuk mengulas bab ini. Namun, disebalik pengalaman hidup yang dilalui saya ingin membawa kepada pembaca untuk menilai sendiri di mana letaknya hala tuju dan matlamat bersukan?



Cikgu Arman mendidik pelajar berdisiplin dalam bersukan.


Hari ini, sukan yang kita kenali sudah lari daripada konsep asal tuntutannya. Kesempatan ini, saya ingin beri kepada beberapa fakta dan bukti yang boleh kita lihat dalam situasi sekarang ini. Pertama, sukan hari ini lebih kepada bersifat untuk mendapat sangjungan daripada masyarakat. Pertandingan yang dibentuk melalui sukan seperti bola sepak, badminton, squasy, hoki, bola tampar, renang dan sebagainya. Di mana, sesiapa yang bergelar sebagai ATLET juga sudah mendapat sambutan dan sangjungan oleh masyarakat umum. Malah melalui sukan juga, seseorang itu boleh berjaya dalam hidupnya. Sebab itulah mereka yang bergelar atlet akan berebut-rebut akan membuat yang terbaik agar mendapat gelaran JOHAN dan kononya merasa bangga dapat memgharungi nama Negara di peringkat antarabangsa dan seterusnya kerajaan akan menghargai dengan pemberian gelaran dan hadiah yang begitu cukup lumayan. Tahniah kepada atlet Negara kita atas sumbagan mengharumkan nama Negara. Di peringkat sekolah juga, pelajar-pelajar juga sudah didik dan menceburkan diri melalui bentuk pertandingan sukan. Sebagai contoh pada sukan sekolah, pelajar akan berusaha sedaya yang mungkin akan berlatih bersungguh-sungguh semata-mata untuk mendapatkan gelaran JOHAN. Tidak salah menjadi juara, namun semua itu ada cara dan kaedah ke arah itu. Persoalannya, ke mana halatuju sukan itu??

Gelaran JOHAN menjadi rebutan.


Kedua, melalui sukan, masyarakat juga boleh berpecah belah, sedangkan pada dasarnya sukan itu adalah untuk mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Walhal, melalui bentuk pertandingan sukan, masing-masing ingin pertahankan gelaran JOHAN sehinggakan melupakan tuntutan asal sukan itu, maka hari ini kita lihat melalui sukan boleh menyebabkan pergaduhan, pembaziran dan rasuah.

Ketiga, pendapat umum kepada para atlet, aurat merupakan halangan kepada seseorang itu kepada bersukan. Maka sebab itulah, ramai para altlet Negara mahupan etlet di kalangan para pelajar tidak mengendahkan akan tuntutan menutup aurat ketika bersukan. Buktinya?? Lihatlah pada sukan sekolah.. acara belapan yang disertai oleh pelajar sama ada peringkat sekolah, bahagian, daerah, negeri mahupun kebangsaan, para atlet tidak akan segan silu mendedahkan aurat mereka. Dan akhirnya, apabila pelajar tadi ini keluar di alam persekolahan, maka mendedahkan aurat bukan lagi satu kesalahan bagi mereka Persoalannya, adakah sukan itu penyumbang utama kepada pendedahan aurat para pelajar dan masyarakat secara tidak langsung?


Jagalah Aurat dan batasan pergaulan ketika bersukan.


Oleh yang demikian, kita perlu korepsi diri semula. Tuntutan sukan itu pada asalnya untuk menjaga kesihatan di samping mewujudkan nilai-nilai murni seperti mengeratkan hubungan silaturahim semakin dilupai. Kenapa saya bangkitkan isu ini, di kerana pada kebiasanya sukan sekolah akan berlangsung pada masa terdekat ini. Maka itu, tegahlah sebarang perkara MUNGKAR yang berlaku di peringkat sekolah dalam sebarang aktiviti bersukan misalnya pendedahan aurat, pergaulan yang bebas, masalah samseng dalam bersukan dan sebagianya. Perlu di fikir semula, beberapa pertandingan dalam sukan separti lompat tinggi, lompat kijang, lari belapan yang diserta oleh kaum perempuan terhadap kesesuainnya dalam kehendak Islam perlu di ambil perhatian semula.

Sekian.


Oleh :NASH

Monday, February 9, 2009

Mujahid Sandakan.

Sedarlah wahai..mujahid dakwah.. Jalan perjuangan.. mukannya mudah.. Amanah Allah.. membentuk daulah.. Tekadkan semangat.. mencapai kemenangan.. Memang sunnah berjuang.. menempuh suka dan duka.. Namun itu semua.. ujian dunia.. Nilai yang wajib dibayar.. untuk meraih kejayaan.. Syahid fi sabililLah.. Kalau ikutkan.. memang diri kita tak layak untuk berjuang.. Tapi Allah dah bagi izin berjuang.. Tanpa perlu kita meminta izin daripadaNya.. Kita nak bawa satu benda yang suci dan murni.. Sejauh manakah hati dan jiwa kita ini suci.. Kita nak lahirkan orang yang soleh.. Bagaimanakah kita yang penuh dosa dan noda.. mampu berbuat demikian.. Kita mengharapkan nusrah Illahi.. Tapi sering menyebabkan nusrah Illahi terhijab.. Tapi Allah tak pernah putus kasih dan rahmat terhadap hamba Nya.. Sentiasa ada peluang untuk hamba-hamba Nya kembali kepada dia.. Begitu besarnya rahmat Illahi.. Allah.. Give us all heart.. Give us all strength.. And make our hearts.. True.. now and forever..
TANGGUNGJAWAB!!! tanggungjawab itu umpama menggalas batu di atas pundak. tanggungjawab itu umpama menjolok mentari dengan memandang wajahnya. tanggungjawab itu umpama seekor belut di genggaman tangan. tanggungjawab itu umpama mengumpul embun sebelum terbit matahari. tanggungjawab itu umpama menghitung helai daun pada pohon yang rimbun. tanggungjawab itu empama mendaki gunung setinggi langit. tanggungjawab itu umapama pencarian sebutir mutiara dalam lautan yang dalam. tanggungjawab itu seperti mengasing-asingkan bauran beras dan pasir. tanggungjawab itu sebenarnya satu amanah yang harus ditunaikan. Demi ISLAM!!!!!

SATU PERJUANGAN Sekujur Tubuh Menjadi Bentengan Dan Halangan Ku Cuba Lepaskan Andai Dimamah Dan Juga Diredah Ku Pasrah Tiada Ku Gentar Andai Kurebah Di Gelanggang Serta Ku Gagal Dalam Bertahan Hanyalah Doa Dan Azimat Sebagai Dorongan Meneruskan Perjuangan Muslimin Dan Muslimat Usia Mu Bak Permata Bergemerlapan Cerah Bersinar Indah Itulah Khazanah Yang Jadi Hiasan Memancarkan Sinaran Walau Diri Berlumpur Tetap Kau Teguh Dan Utuh Walau Ada Yang Cuba Meruntu Ya Allah Kau Lindungkanlah Diriku Dari Kesukaran Ya Rabbi Kau Kasihkan Hamba Dalam Perjuangan Menegakkan Islam Terlintas Di Fikiran Apakah Bakti Yang Pernah Kau Berikan Syahid Dalam Berjuang Pasti Ganjaran Syurga Yang Dijanjikan Taman Wangian Yang Indah Menjadi Kekasih Allah Bukan Suatu Khayalan Jelas Terurai Di Dalam Kalam Ya Allah Ku Mohon Anugerah Kekuatan Iman Ya Rabbi Kau Kasihkan Hamba Dalam Perjuangan Menegakkan Islam




Bangkitlah dari tidurmu!!! bukakan matamu. Terus dan maju ke saf perjuangan bersama menegakkan dan mandaulatkan Islam. Demi umat sejagat dan ISLAM.. TAKBIR!! TAKBIR!! TAKBIR!!

Sekian.

Sunday, February 8, 2009

Gotong royong amalan yang semakin dilupakan.

13 Safar 1430 bersamaa 8 Februari 2009 hari Ahad.

Semangat gotong royong sememangnya terkenal di kalangan masyarakat Melayu dan peribumi sabah. Namun, seakan-akan semangat ini semakin hari tengelam di makan usia. Masing-masing dengan kesibukan dunia sehinggakan melupakan semangat kejiranan. Aku terasa rindu akan semangat bergotong royong, yang pada aku hampir setahun lebih sudah tidak bersama bergotong royong. Ingin ku kongsi sedikit ruangan pada pagi tadi, kami dan golongan ibubapa dan jiran tetanggan PASTI (Pusat Asuhan Tunas Islam) Zaid Bin Haritha, Kg Lupak Meluas Karamunting turun bersama bagi mengeratkan lagi talian silaturahim untuk bergotong royong bersama.

Tidak lain tidak bukan, kami sempat menjamu selera bersama, yang mana jamuan makanan ini juga disediakan oleh masyarakat kampung yang hadir masing-masing membawa juadah. Ketika menjamu selera, sempat kami berkongsi pandangan dan pengalaman hidup yang tua berkongsi sejarah asal usul kampung yang diberi nama Lupak Meluas, di Karamuntuing. Dan yang muda pula berkongsi cerita akan kisah remaja masa kini dan sistem politik kerajaan hari yang nampaknya semakin kotor dan biadab terhadap kehendak Rakyat. Keadaan ni sangat2 merisaukan kami masyarakat Sandakan, sama ada golongan tua ataupun yang muda. Maklum pada pembaca laman blog ku ini, di Sandakan hampir semua kampung perumahan setinggan akan dimusnahkan oleh pemerintahan kerajaan zalim Barisan Nasional. Contoh yang paling dekat dan menjadi bukti adalah rumah setinggan KG BDC, aku juga pernah menjadi penduduk kampung tersebut sekitar pada tahun 1990, kemudian berhijrah ke batu 10 apabila hampir ¼ kg tersebut musnah di jilat api pada awal tahun1992. Berbalik pada cerita tersebut, kini tapak perkampungan BDC dalam proses untuk di bangunkan menjadi tapak golongan elit yang terdapat sebuah hotel yang dengar cerita bertaraf 5 bintang. Nah, kini hampir semua perkampungan setinggan mungkin akan menjadi mangsa kerakusan golongan tertentu yang bagi mereka di sana terdapat keuntungan jutaan ringgit yang membolehkan mereka mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda, dengan hanya satu alasan untuk pembangunan dan kebaikan bersama kononnya.. Begitulah sembang-sembang kosong bersama masyarakat kampung tadi, aku hanya mendengar luahan hati mereka yang ingin ku kongsi bersama anda semua. Berikut gambar suasana pada hari tersebut.

Si Ayah bersama dua anaknya yang merupakan Pelajar PASTI.

Juadah makan yang dikongsi makan bersama.


Ust Kamaruddin turut hadir bersama.
sila klik blog ust Kama (http://muridkyai.blogspot.com/)


aku posing di awal kedatangan ku sekitar jam 8 pagi.


Bergurau senda sambil berkerja dapat menghilangkan rasa penat.



kaum ibu membersihkan dan mencantikan bunga2 yang nampak usang



Pelajar PASTI dua beradik ni pun tidak ketinggalan untuk hadir bersama,, tapi asyik makan je..



Semangatnya beliau ni.. begitulah suasana gotong royong



Membuat Parit untuk aliran air keluar.


Pokok mati yang berjaya kami tumbangkan.


Hebat Pakcik ni,, masih kuat lagi panjat pokok.


Alihkan tangki kosong daripada sarang pembiakan nyamuk.



Tumbangkan pokok mati.

Pak guard yang dilantik menjadi pengawal bagi PASTI Zaid.

Namun, hati ini terasa kecewa kerana tiada seorang pun sahabat2 ku yang ku jemput datang untuk bersama-sama turun bergotong royong. Mungkin kerana kesibukan mereka kot untuk menghabiskan masa bersama keluarga di hari minggu. Namun ketiadaan mereka sebenarnya bukan menjadi penghalang untuk mengadakan program seumpama ini. Hatiku tersentak seketika sebilangan mereka yang hadir sanggat mengharapkan agar diadakan program gotong royong PASTI pada setiap bulan. Mereka juga sebenarnya rindukan suasana ini. Walaupun terasa amat jijik dan letih, namun keseronokan ini sebenarnya tiada nilainya. Tepuk dada, tanya lah iman??? Betul ka?
Begitulah suasana bergotong royong, semoga semnagat ini tidak akan pudar di kalangan masyarakat kita dan diteruskan oleh genarasi seterusnya.
sekian..
Oleh : NASH







Friday, February 6, 2009

Remaja Sandakan.

Dewasa ini, masalah gejala sosial yang melibatkan remaja khususnya pelajar-pelajar Sandakan sudah ditahap yang membinbangkan. Apa yang peliknya, pelajar ke sekolah tidak lain tidak bukan adalah utnuk menuntut ilmu. Namun, persoalannya, bagaiamana keadaan ini boleh berlaku. Bukan bermaksud ingin menyalahkan para guru, tetapi dasar pendidikan yang di bentuk oleh Kementerian mungkin perlu dikaji semula dari segi pendidikan agama dan moral.. Nah mari tengok gambar-gambar pelajar di sekitar Bandar Sandakan ketika selesai peperiksaan SPM dan STPM pada tahun lepas 2008 dan keadaan ini sering berlaku pada setiap tahun.


Bangganya mereka. (Baju biru tu pemantau)





Arak menjadi sebati dalam diri (2 org sebelah kanan tu Unit Amal)

Keseronokkan yang agak terlampau..


Beginilah saban tahun pelajar2 Sandakan.. seolah2 tiada moral. ish2,,


Pesananku pada adik-adik pelajar.. janganlah bazirkan duit ibu bapa, sesungguhnya andainya mereka mengatahui kamu berbuat demikian sudah tentu hancur leburlah harapan mereka. Jadilah insan yang berbudi pada semua orang.

sekian.

Oleh : Nash

Lokasi : Pejabat Perhubungan PAS Kawasan Sandakan.

Tuesday, February 3, 2009

Tahu kah ANDA!!!!

Harga minyak MELAMBUNG 40%, harga barang makanan, harga bahan api, gas, elektrik dan tenaga, tol, tambang dan bermacam-macam lagi harga dipasaran sekarang semakin MENINGKAT hari demi hari. Hidup rakyat Malaysia kini semakin dihimpit kerisauan dan kegelisahan. Dalam keadaan sebegini tiada siapa yang boleh membantu kita malahan kerajaan sendiri tidak mampu untuk berbuat apa-apa, maka ia hanya terletak kepada DIRI ANDA SENDIRI untuk MERUBAHNYA. Anda MESTI bertindak SEKARANG dengan melabur di dalam UNIT TRUST, pelaburan yang menjamin masa hadapan anda. Pasti ANDA TIDAK AKAN MENGHADAPI MASALAH DI KEMUDIAN HARI!!
Ramai rakyat Malaysia kini tertipu dengan pelaburan-pelaburan yang haram di sisi undang-undang Malaysia, dengan harapan mendapat keuntungan yang besar dalam jangka masa yang singkat. Sedangkan kerajaan telah membuka ruang dan platform pelaburan yang sah. Anda boleh memaksimumkan wang KWSP anda melalui pelaburan dalam unit trust? Pulangan KWSP tahun lepas hanya 5.8% sahaja berbanding pulangan unit trust tahun lepas ada yang mencecah 33%. Oleh itu jangan lepaskan peluang ini. Bahkan anda juga boleh membuat pelaburan dalam unit trust dengan nilai pelaburan permulaan yang rendah.
Jika anda melabur = RM2,000 >>> Untung = 20% setahun, dalam masa 20 tahun, duit pelaburan RM2,000 anda akan menjadi = RM2,000 x (1 + 20%)20 = RM76,675.20 SUNGGUH LUMAYAN!!

Jumlah kos pengajian degree di IPTA = RM 25,000 manakala kadar inflasi semasa = 3.5%. Katakan anda mempunyai anak berumur 2 tahun, dlm masa 15 tahun lagi dia akan melanjutkan pelajaran ke IPTA..! Jumlah kos pengajian degree di IPTA tahun 2022 = RM25,000.00 x (1 + 0.035)^15 = RM41,883.70 Oleh itu, ELAKKAN masalah kewangan ini berlaku kepada diri anda kelak!...

Anda benar-benar ingin menikmati pulangan lumayan dari sistem penjanaan wang untuk masakini dan akan datang, inilah pelaburan yang sah disisi undang-undang malaysia dan memenuhi syariah Islam. Mulakan langkah pelaburan bijak anda dengan Pelaburan UnitTrust (Unit Amanah).

Hubungi daku untuk keterangan lanjut.
Untuk di Sabah sahaja khusus sandakan.
Hp: 013-8341013
Oleh: adikdean @ Nash.

Monday, June 30, 2008

Dunia oh dunia..

Bismillahirahmanirahim,,,,
Aku duduk termenung mengenangkan nasib dan masa depanku,,,, di malam yang hening dengan cerah dan terang cahaya purnama,, melihat pada purnama seakan-akan ada seorang yang sedang solat (duduk antara dua sujud) dalam purnama. Itulah keindahan bulan cipta yang Maha Esa yang sememangnya tidak dapat untuk ditandingi oleh ciptaan akal fikiran manusia yang kerdil. Di samping sang purnama aku memaling pula pada si bintang-bintang yang ingin ku hitung namun tak berdaya untuk aku temui jawapan yang setepatnya.
Aku berfikir semula,,, Adakah manusia yang dapat menghitung bilangan bintang? Hati memberontak seketika… mustahil! Mustahil! Sememangnya
tidak akan ada manusia yang dapat menghitungnya. Onak ku bertanya,,,, di mana semua kecangihan teknologi ciptaan manusia?? Dunia kini boleh dihubungkan hanya dihujung jari,, takan tak da teknologi yang secangihnya untuk mengira bilangan yang tepat. Sedangkan para pelabur dengan cepat dan pantasnya boleh mengira indeks2 saham yang setiap saat akan berubah.. Inilah kuasa tuhan,, bila satu persatu kita menghitung kuasa tuhan.. Sememangnya tidak ada yang dapat menandingi ciptaan-Nya.
Begitulah cangihnya ciptaan tuhan. Manusia mencipta kapal dan dapat terbang dengan menggunakan bermacam macam alat. Namun burung yang sekerdilnya hanya dengan sepasang sayapnya sudah jauh boleh merantau, si nyamuk juga yang sekecil kecilnya dengan bangga nya dapat terbang.Maka sebab itulah semua manusia akan berkata dan mengakui bahawa tiada insan pun yang dapat menandingi setiap ciptaannya.Namun jiwaku mula tidak tenteram memikir nasib dan masa depanku.Manusia percaya bahawa adanya tuhan dan mengakui kuasa tuhan cukup hebat. Namun, itu hanya sekadar bualan kosong semata-mata. Manusia hari makin hari masing2 sentiasa mengejar-gejar dan berlumba-lumba untuk jadi yang terhebat dan paling agung. Sedangkan kita yakin bahawa TUHAN itu Maha Agung, tapi mengapa manusia ingin merampas kuasa tuhan?? Manusia sanggup bergaduh, bertumbuk, memaki hamun, fitnah memfitanah malah sanggup membunuh, perang senjata dan banyak macam lagi. Semata-mata inginkan kehebatan dan ke agungan dari manusia. Tidak ka kita lihat betapa musnahnya Iraq oleh kaum Amerika dan sekutunya, palestin yang musnah oleh yahudi, kini iran pula jadi sasaranya. Kita selalu berkata dengan bersemangat untuk memusuhi kaum2 yang saling menghancurkan umat semasa manusia. Namun apa yang boleh kita buat?? Alasannya kita jauh dan sangat jauh dengan mereka. Cukup ke hanya sekadar doa kita hulurkan pada sahabat dan saudara kita yang di aniaya ini? Sampai bila keaadan ini berkesudahan? Kita seolah-olah sudah tiada kekuatan untuk bangkit dan melawan mereka-mereka ini yang sangat sangat zalim. Inilah akibat bila mana manusia itu inginkan kehebatan dan keagungan. Sifat kebinatangan, malah lebih teruk daripada bintang sudah di anggap lumrah hidup dengan mereka. Maka, sedarlah kita insan yang kerdil ini tidak akan dapat menandingi sifat yang ada pada tuhan.Tidak mugkin! Dan tidak akan MUNGKIN!,,, sekuat mana kita, sesengguhnya tuhan lebih kuat, sehebat mana kita tuhan lebih hebat, seagung mana kita tuhan lebih agung. Itulah manusia…..

Bila merenung sang purnama,, tiba-tiba awan menutupinya,, cahaya purnama gelap seketika. Hati mula bertambah gelisah. Memikirkan nasib dan masa depanku. Sesuguhnya tuhan itu maha berkuasa. Jika D
IA inginkan sesuatu, maka jadilah., hari ini kita sering di lihatkan bencana-bencana yang sangat dasyat. Bermula dengan nama si manis TSUNAMI, kemudian di ikuti gempa, satu persatu letusan gunung berapi, bermacam-macam banjir ada banjir kilat, banjir hujan, banjir lumpur, taufan, ribut, selesema burung, dan bermacam-macam ancaman dari tuhan telah berlaku. Indonesia sahaja mencatatkan lebih 200 ribu penduduknya mati akibat bencana alam untuk tempoh empat tahun ini. Tidak kurang juga bencana-bencana yang melanda Malaysia bumi yang aman makmur ini. TSUNAMI yang melanda acheh, Kedah dan Perlis juga turut merasa bahangnya, ramalan banjir di pantai timur, selatan yang tak pernah banjir akhirnya tenggelam bagaikan lautan. Gempa di Sulawesi Indonesia, tanah runtuh di Malaysia timur (Sandakan) juga terasa kesannya. Selesai kes banjir, kemarau berpanjangan, padi tak boleh nak tanam panas bagaikan terbakar di utara. Yang manusia tahu, hanya sekadar mengeluh dan saling menyalahkan puak2. Rakyat yang simpati pada mangsa kejadian,, maka menghulurkan derma dan bantuan. Namum ada juga yang tak berhati perut mengekploitasi keadaan ini. Apa dah jadi dengan manusia?

Melihat awan semakin menebal, sang purnama pun tak kelihatan. Suasana semakin gelap. Agin mula bertiup, titisan air hujan mula turu. Namun aku tak berganjak kerana akan bersyukur dengan nikmat tuhan. Namun hatiku bertambah gelisah dan aku masih memkirkan nasib dan masa depanku. Walaupun sudah lama kita merdeka namun kita sebenarnya masih terjajah. Terjajah dengan pemikiran, budaya, dan ekonomi. Bukankah kita sangat membencikan puak2 yang menghancurkan saudara-saudara kita? Namun idea2, teori2 dan falsafah mereka yang kita guna dan kita ajarkan pula pada anak bangsa kita? Nama nama separti Karl Marx, Maslow, Herbeg, Markov, Darwin dan bermacam nama lagi kita akan temui bilamana kita belajar membaca buku2 akedemik. Dimana nama Muhammad s.a.w, Umar Al Khatab, Khalid Al Walid, Ibnu sina, Ibnu Khaldun, Ibnu Rush dan ramai lagi tokoh2 yang hebat dan yang mengasaskan bermacam teori, idea dan falsafah. Nama nama ini hanya kita temui bila membaca kitab2 agama, namun bila belajar ilmu dunia ni.. tak da nama-nama mereka yang di ajarkan pada kita. Maka sebab itulah kita akan sentiasa dan akan di jajah selamanya selagi mana belajar ilmu barat ini. Malah belajar ilmu fiqh, muamalat yang pula di ajarkan dalam bahasa inggeris. Aduhaiiii…. (bukan mengeluh). Betapa ruginya generasi kita,, apatalagi generasi seterusnya.. Di mana keagungan bahasa kita?? bila bersin,, “Excuses me”, handphone berbunyi “hello”. Bangga sangat ke bila mana fasih berbahasa inggeris, bahasa penjajah ni??? lalu ada berkata “ wei,, kalau tak tahu bahasa inggeris nanti jadi penganggur tau!” aku tersentak seketika…. Aku pun tak mau juga jadi penganggur ni, nak juga berkerja. Nanti sapa nak sara isteri, anak-anak aku.. Hati jadi kaku dan terus memikirkan hal ini.. lalu persoalan ini aku lupakan kerana risau dan rasa hinanya diri ini..

Suasana semakin g
elap, hujan yang hanya setitis dua tadi mula bertambah banyak. Gemuruh kedengaran kemudian disusuli petir sambung meyambung. Hujan terus turun dengan lebatnya… lalu aku bergegas masuk ke bilik. Setiba di bilik, aku melihat akan baju aku basah dan badan aku bergetar kesejukan…aku mengambil kerusi dan duduk,, tiba-tiba titisan air mata mengalir sampai ke pipi ku… betapa berdosanya aku,,, betapa hinanya aku di sisi Mu Ya ALLAH. Aku alpa! Aku tak berdaya! Aku lemah! Aku Jahil dengan agama Mu. Ya Allah.
Megapa aku sanggup dan masih membiarkan diri ini berada di dunia yang mana manusia sudah tidak mengenal Mu, aku hanya membiarkan semua ini berlaku, aku tak ada usaha pun nak merubahnya, aku hanya sekadar rehda denga keaadan yang melanda umat manusia dengan sifat2 kebinatangan. Sedangkan ENGKAU ya Allah memberiku sepasang tanggan, kaki, mata telingga, hidung, dan lenggkap anggota badan serta akal untuk aku berfikir. Tapi di mana peranan dan tanggungjawab yang telah Engkau amanahkan pada aku?? Aku merasa berat dan tidak berkayakinan untuk mengajak dan memberikan peringatan pada mereka.. Ya Allah,, Ya Allah, Ya Allah, Berilah aku kekuatan untuk itu, Ampunkanlah doss-dosa ku Ya Allah, selamatkanlah umat Muhammad s.a.w daripada kezaliman yahudi,nasrani dan mereka yang ingin menghancurkan kami Ya Allah. Sesungguhnya padaMu sahaja tempatku berlindung dan memohon pertolongan.. maka perkenanlah doaku Ya Allah.. amin Ya Rabbal Alamin.



Sekadar renungan......