Aku online

Thursday, April 16, 2009

Allahamdulillilah... aku selamat.

Allahamdulillah segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam dan tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh bagi Allah..

Setalah lama aku menyepi dalam dunia blog ku ini. kini aku kembali dengan penuh keinsafan dalam diri dan perlu muhasabah diri terhadap apa yang berlaku dalam diriku. Benarlah, setiap kejadian itu ada hikmat kebaikan yang tersembunyi.

29hb Mac merupakan hari yang penuh bermakna dalam hidupku apabila aku telah di Ijazahkan dengan Sarjana Muda Kewangan dengan kepujian. kegembiraan ini amat bermakna dalam hidupku apabila kedua orang tuaku juga berbangga akan pencapaian terhadap diriku. Namun, jasa mereka masih belum lagi aku dapat membalasnya,, tak mungkin dan tidak akan mampu untuk aku membalasnya, hanya Allah sahaja yang dapat membalas dan aku sentiasa berdoa agar kedua orang tua ku sentiasa mendapat perlindungan daripada Allah.

Namun, kegembiraanku itu hanya seketika sahaja setelah kejadian malang yang menimpa diriku pada 6hb April yang hampir mengorbankan nyawaku ketika hendak ke tempat kerja setelah 10 hari bercuti. Aku telah terbabas di jalan raya kerana ingin menggelak daripada merempuh sebuah kereta yang secara tida-tiba U-Turn dihadapanku. Aku telah mengalami kecelakaan jalan raya yang bagi aku sungguh dasyat dan menyebabkan aku trauma seketika untuk tidak lagi menunggang motorsikal lagi. Aku mengalami kecederaan di bahagian bahu sebelah kiri dan menyebabkan pergerakan tanggan kiri agak terbatas dan mungkin mengambil masa untuk pulih sepenuhnya.

Begitulah beberapa peringatan Allah bagi hambaNya yang leka disebalik tanggungjawab yang diberikan. sesungguhnya manusia itu akan sentiasa diuji kesabaran dan keimanan mereka. Tidak ada satu manusia pun yang tidak di uji hatta, Nabi kita sendiri juga telah mendahapi pelbagai ujian.

Selamat bermuktamar buat sahabat-sahabatku...

Sekian.