Aku online

Sunday, February 22, 2009

Antara pendirian dan tingkah laku.

Manusia menghadapi berbagai permasalahan dalam kehidupannya, tetapi ia tidak dapat menguasai permasalahan-permasalahan tersebut dengan baik kecuali setelah ia membuat suatu pendirian terhadap tabiat atau keadaan sebenar permasalahan itu dan hubungannya dengan permasalahan itu. Samaada benar atau salah, suatu pendirian mesti dibuat terhadap semua permasalahan. Selagi pendirian ini belum dibuat, tidak ada seorang manusia pun boleh membuat keputusan tentang tindak laku yang ia patut ambil terhadap sesuatu permasalahan. Ini adalah suatu pengalaman yang menjadi sebahagian dari kehidupan seharian anda. Apabila anda bertemu dengan seseorang, anda perlu mengetahui: Siapakah dia? Apakah kedudukan dan statusnya dalam kehidupan? Apakah ciri-ciri peribadinya? Apakah bentuk perhubungan yang wujud di antara dia dan anda? Anda tidak dapat tentukan bagaimana hendakmengendalikan perhubungan dengan orang itu tanpa sebarang keterangan berhubung dengan soalan-soalan tadi. Walaubagaimanapun, anda perlu membuat suatu pendirian berlandaskan apa yang zahir, dan apa juga tindakan anda terhadapnya dibatasi serta ditentukan oleh pendirian yang telah dibuat. Anda makan benda-benda yang menurut pengetahuan atau anggapan anda ianya mengandungi nilai makanan. Benda-benda yang anda buang atau gunakan, benda-benda yang anda pelihara, suka atau benci dan benda-benda yang anda takuti atau sayangi sikap serta pendirian anda yang berbeza-beza terhadap semua perkara tadi ditentukan oleh pendirian yang anda buat tentang keadaan semulajadinya, keistimewaan-keistimewaanya dan hubungan anda dengan perkara-perkara tersebut.

Sama ada sesuai atau tidak tindak-laku anda terhadap perkara-perkara tadi, bergantung kepada benar atau salahnya pendirian-pendirian yang telah anda buat terhadap perkara-perkara tersebut. Sah atau salahnya bergantung kepada sama ada anda telah membuat pendirian berdasarkan pengetahuan, tekaan, sangkaan atau melalui tinjauan pancaindera. Seorang kanak-kanak kecil sebagai contoh, melihat api dan melalui tinjauan pancainderanya membuat suatu tanggapan bahawa ianya suatu mainan yang cantik serta berkilauan. Tanggapan ini seterusnya mendorongnya kepada tindakan menghulurkan tangan untuk menyentuh api itu. Seorang lelaki lain melihat api yang sama dan melalui anggapan atau sangkaannya, ia membuat kesimpulan bahawa api itu memiiki suatu sifat ketuhanan atau sekurang-kurangnya, ia suatu simbol ketuhanan.
Berdasarkan kepada kesimpulan ini, ia membuat ketetapan menundukkan kepala menyembah api itu, sebagai tanda perhubungannya dengan api itu. Orang yang ketiga melihat api itu, dan mula mengkaji keadaan semulajadi api itu serta sifat-sifatnya. Melalui ilmu pengetahuan serta kajian ia sampai kepada kesimpulan bahawa api itu boleh memasak, membakar serta memanaskan benda-benda. Selanjutnya ia membuat tanggapan bahawa perhubungan dengan api itu adalah laksana tuan dan hambanya. Api, menurut tanggapannya, bukanlah suatu mainan ataupun bersifat ketuhanan. Malahan ia merupakan suatu benda yang boleh digunakan untuk tujuan memasak, membakar atau memanaskan, bila-bila masa sahaja keperluan timbul. Kalau dibandingkan ketiga sikap yang berbeza itu, jelaslah bahawa sikap kanak-kanak dan si penyembah api itu adalah berdasarkan kejahilan mereka. Pengalaman, menidakkan tanggapan kanak-kanak tersebut bahawa api itu adalah mainan. Tanggapan si penyembah api bahawa api itu adalah tuhan atau simbol ketuhanan adalah berdasarkan kepada sangkaan atau tekaan semata-mata dan bukan atas dasar apa-apa bukti dan ilmu pengetahuan yang sebenar. Sebaliknya sikap lelaki yang menganggap api sebagai suatu agen yang berguna untuk manusia, yang jauh berbeza dari kedua-dua tanggapan di atas, adalah suatu sikap saintifik kerana ia didasarkan kepada ilmu pengetahuan.

Kesimpulannya, berfikirlah atas dasar ilmu pengatuhuan yang disertakan dalil bukan sekadar dengan lunak penglihatan semata-mata.

"Tuntulah Ilmu Hingga Ke Liang Lahad
"

Sekian.

Friday, February 20, 2009

Masyarakat Melayu dan Bumiputera Sabah tidak komited rancang kewangan.

PERNAHKAH anda bertanya kepada diri sendiri bagaimana kehidupan yang bakal dilalui di hari tua? Sebaik bersara, adakah diri mampu untuk menyara hidup. Mungkin juga ramai yang menyimpan wang sebagai bekalan hari tua, namun adakah ia mencukupi bagi menampung hidup seterusnya apatah lagi untuk mengekalkan kehidupan serupa?

Saturday, February 14, 2009

Amal Makruf Nahi Mungkar

14 Feb hari merupakan hari yang paling ramai anak muda mudi akan keluar untuk buat maksiat. Sebabnya, dikatakan pada hari tersebut adalah untuk menyambut hari kekasih. Maka sebab itu, atas kesedaran dan rasa kebertanggunjawaban maka kami golongan Pemuda yang bencikan gejala maksiat sekali lagi turun padang untuk memberi peringatan kepada remaja-remaja Sandakan. Lokasi pilihan kami bertempat di tembok Sandakan. Kira-kira jam 10 malam, kami telah berangkat ke Bandar Sandakan, tepatlah jangkaan kami pada malam tersebut ramai anak muda mudi akan keluar bersama kekasih masing masing. Pada malam tersebut. Tidak ketinggalan juga mat rempit membuat aksi lagak bodohnya di hadapan orang ramai. Dalam onak ku pun berkata “kalau jatuh tersungkur, ingin ku katakan pada mereka baru tau, PADAN MUKA” . Pada malam tersebut juga ramai remaja telah mabuk-mabukan oleh kencing syaitan. Sempat aku tengok seorang remaja yang seolah-olah meraung kesakitan macam nak mati dah disebabkan oleh mabuk arak.

Islam sememangnya sudah melarang umatnya agar jangan sesekali menyambut perayaan orang kafir dan salah satunya hari valentine ini. Megapa kita dilarang menyambut perayaan hari tersebut? Jawapannya sila klik http://mujahidinsandakan.blogspot.com/2009/02/peringatan-buat-umat-islam.html, kesanya bila mana larangan ini di endahkan maka maksiat akan bermaharajalela. Kami golongan Pemuda hanya insan yang lemah dan kerdil, sekiranya kuasa ada pada kami, maka sudah tentu akan kami laksanakan undang-undang Islam yanag mana pastinya semua manusia akan gerun untuk melakukan sebarang maksiat. Maka sebab itulah kami hanya mampu memberi peringgatan pada mereka. Dalam Al Quran dan hadis banyak menyebutkan agar semua umat Islam wajib mengamalkan “Amal Makruf Nahi Mungkar” bermaksud, Islam menyeruh kita agar melakukan perbuatan yang baik dan dalam masa yang sama mencegah perbuatan yang mungkar. Tetepi malangnya, hari ini ramai yang hanya berbuat Amal Makruf tetapi tidak pada Nahi Mungkar iaitu mencegah kemungkaran. Maka sebab itulah gejala maksiat semakin berleluasa di kalangan umat Islam sendiri.
Kami generasi Pemuda bencikan MAKSIAT.
Ust Kama mengetuai bacaan doa sebelum program bermula.

Mustaman dan Sahar turut serta.

Abg Wahid turut serta walaupun kakinya sakit akibat perlawanan futsal petang tadi.

Mat rempit Sandakan.


Golongan wanita yang akan berpakaian seksi maut.


Kelihatan sepasang kekasih yang nampak mesra.

Begitu ramai pasangan kekasih meraihkan hari tersebut.
Sekumpulan mat rempit.

sekumpulan remaja sekolah yang turut serta melepak.


Ust Kama turut memberikan risalah dan amaran keras pada sepasang kekasih.

merempuh sekumpulan mat rempit.

Mat dan minah rempit lepak2 yang mengundang kermukaan Allah.

Maka itu, marilah kita semua tanpa mengira umur, pangkat, bangsa dan agama agar sama-sama bencikan perbuatan maksiat yang boleh mengundang ancaman kepada kita semua. Jauhilah perkara yang mengundang kemurkaan Allah. Harapan saya agar generasi muda kini bencikan MAKSIAT seperti lepak, minum arak, judi, hidu gam, dadah, khalwat, zina, mencuri, rempit, black metal, puja artis, hiburan melampau, berpakaian seksi, genster, buli rogol, membunuh, ajaran sesat dan sebagainya.

* Harap maaf, gambar tidak berapa terang sebab kurang kualiti sikit kalau suasana malam.

sekian.
Oleh :Nash

Sukan mengikat tautan ukhwah

Sejak kebelakangan ini, aku asyik bersukan pula. 14 Feb 2009 yang mana ramai anak muda mudi merayakan hari Valantine yang haram untuk diraihkan oleh umat Islam, kami pula menghabiskan masa petang pada hari tersebut selepas asar kira-kira jam 4.20 petang untuk bersukan dengan bermain Futsal bertempat di Padang Futsal Bandar Indah Jaya. Sungguh menyeronokkan dan menunjukan semangat kesukanan yang tidak berbelah bagi antara yang hadir. Begitulah yang dikatakan hikmat di sebalik tuntutan bersukan. Di samping dapat meningkatkan kesihatan malah dapat mengikat hubungan silaturahim antara satu sama lain. Walaupun sebagai lawan dalam permainan namun tautan ukwah antara semua sangat mesra. Aku mengharapkan agar perlawanan seumpama in dapat di teruskan di hari muka agar pertalian kita semua bertambah akrab dan sinonim.


Mereka yang hadir..


perlawanan yang mantap.

Mustaman penjaga gol yang berkaki ayam.


Penat yang jarang-jarang dirasai.


Ust Kama sempat meluangkan masa bersama kami walaupun tidak bermain bersama.

Penjaga gol dan pemain terbaik, Abg Sahar.. jaguh kampung rupanya.



Pemain import dari chelsea.



Pa, jgn serius bah.



Abg Ishar antara pemian yang keluar awal dan ikuti Mustaman. Itulah main tanpa stamina cepat penatlah.




Ruangan ini tidak ingin ku ulas lanjut suasananya, namun bagi mereka yang dijemput bersama-sama yang tidak hadir dan turut sama, rasanya agak sedikit rugi kerana tidak merasai kegembiraan yang kami rasakan. Aku mengharapkan agar di hari lain semua sahabatku agar dapat menyertai walaupun kurang minat untuk bersukan, namun itu jangan dijadikan penghalang untuk tidak menyertainya. Aku pun kaki bangku, tambahan di hari tersebut dengan kesibukan kerja tambah memenatkan badan. Tambahan pula, tiada kelengkapan sukan seperti kasut dan seluar sukan hampir melumpuhkan semangatku untuk turut serta, maka aku pun turun bermain dengan berkaki ayam dan memakai seluar “slack”. Namun semua itu, kita lupakan seketika untuk bersama sekali-sekala untuk luangkan masa bersama dalam permainan. Mungkin selepas ini kita boleh bermain bowling pula.. manfaatkan pusat sukan yang ada di Sandakan ini.

sekian.
Oleh : Nash

Tuesday, February 10, 2009

Sukan dan halatuju


Petang tadi selepas habis sesi persekolahan kira-kira jam 1 pm. Persatuan badminton SM (S) As Salam telah mengadakan latihan badminton buat julung kalinya pada tahun ini di dewan Masyarakat Sandakan. Rasanya hampir 4 tahun sudah tidak bermain permainan ini. Maka semasa sesi latihan tadi agak jangkal juga ketika memegang raket kepunyaan pelajar tambahan tanpa persediaan dari segi pakaian sukan menambahkan kejangalan. Namun agak seronok juga bersukan bersama pelajar dan guru dengan suasana yang agak mesra. Maka di ruangan ini, sekali lagi ingin saya kongsi mengenai pendapat peribadi yang lahir dalam naluri saya sendiri.

Bangunan Sek Men (S) As Salam.

Sukan pada dasarnya merupakan suatu tuntutan yang di syariatkan oleh tuntutan agama. Ini kerana melalui sukan, ia dapat membentuk keperibadian seseorang yang lebih bersifat disiplin terhadap diri sendiri dari segi kesihatan dan kecergasan minda serta akal fikiran. Untuk mengulas lanjut akan kebaikan dan hikmat bersukan, saya bukanlah orang yang layak untuk mengulas bab ini. Namun, disebalik pengalaman hidup yang dilalui saya ingin membawa kepada pembaca untuk menilai sendiri di mana letaknya hala tuju dan matlamat bersukan?



Cikgu Arman mendidik pelajar berdisiplin dalam bersukan.


Hari ini, sukan yang kita kenali sudah lari daripada konsep asal tuntutannya. Kesempatan ini, saya ingin beri kepada beberapa fakta dan bukti yang boleh kita lihat dalam situasi sekarang ini. Pertama, sukan hari ini lebih kepada bersifat untuk mendapat sangjungan daripada masyarakat. Pertandingan yang dibentuk melalui sukan seperti bola sepak, badminton, squasy, hoki, bola tampar, renang dan sebagainya. Di mana, sesiapa yang bergelar sebagai ATLET juga sudah mendapat sambutan dan sangjungan oleh masyarakat umum. Malah melalui sukan juga, seseorang itu boleh berjaya dalam hidupnya. Sebab itulah mereka yang bergelar atlet akan berebut-rebut akan membuat yang terbaik agar mendapat gelaran JOHAN dan kononya merasa bangga dapat memgharungi nama Negara di peringkat antarabangsa dan seterusnya kerajaan akan menghargai dengan pemberian gelaran dan hadiah yang begitu cukup lumayan. Tahniah kepada atlet Negara kita atas sumbagan mengharumkan nama Negara. Di peringkat sekolah juga, pelajar-pelajar juga sudah didik dan menceburkan diri melalui bentuk pertandingan sukan. Sebagai contoh pada sukan sekolah, pelajar akan berusaha sedaya yang mungkin akan berlatih bersungguh-sungguh semata-mata untuk mendapatkan gelaran JOHAN. Tidak salah menjadi juara, namun semua itu ada cara dan kaedah ke arah itu. Persoalannya, ke mana halatuju sukan itu??

Gelaran JOHAN menjadi rebutan.


Kedua, melalui sukan, masyarakat juga boleh berpecah belah, sedangkan pada dasarnya sukan itu adalah untuk mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Walhal, melalui bentuk pertandingan sukan, masing-masing ingin pertahankan gelaran JOHAN sehinggakan melupakan tuntutan asal sukan itu, maka hari ini kita lihat melalui sukan boleh menyebabkan pergaduhan, pembaziran dan rasuah.

Ketiga, pendapat umum kepada para atlet, aurat merupakan halangan kepada seseorang itu kepada bersukan. Maka sebab itulah, ramai para altlet Negara mahupan etlet di kalangan para pelajar tidak mengendahkan akan tuntutan menutup aurat ketika bersukan. Buktinya?? Lihatlah pada sukan sekolah.. acara belapan yang disertai oleh pelajar sama ada peringkat sekolah, bahagian, daerah, negeri mahupun kebangsaan, para atlet tidak akan segan silu mendedahkan aurat mereka. Dan akhirnya, apabila pelajar tadi ini keluar di alam persekolahan, maka mendedahkan aurat bukan lagi satu kesalahan bagi mereka Persoalannya, adakah sukan itu penyumbang utama kepada pendedahan aurat para pelajar dan masyarakat secara tidak langsung?


Jagalah Aurat dan batasan pergaulan ketika bersukan.


Oleh yang demikian, kita perlu korepsi diri semula. Tuntutan sukan itu pada asalnya untuk menjaga kesihatan di samping mewujudkan nilai-nilai murni seperti mengeratkan hubungan silaturahim semakin dilupai. Kenapa saya bangkitkan isu ini, di kerana pada kebiasanya sukan sekolah akan berlangsung pada masa terdekat ini. Maka itu, tegahlah sebarang perkara MUNGKAR yang berlaku di peringkat sekolah dalam sebarang aktiviti bersukan misalnya pendedahan aurat, pergaulan yang bebas, masalah samseng dalam bersukan dan sebagianya. Perlu di fikir semula, beberapa pertandingan dalam sukan separti lompat tinggi, lompat kijang, lari belapan yang diserta oleh kaum perempuan terhadap kesesuainnya dalam kehendak Islam perlu di ambil perhatian semula.

Sekian.


Oleh :NASH

Monday, February 9, 2009

Mujahid Sandakan.

Sedarlah wahai..mujahid dakwah.. Jalan perjuangan.. mukannya mudah.. Amanah Allah.. membentuk daulah.. Tekadkan semangat.. mencapai kemenangan.. Memang sunnah berjuang.. menempuh suka dan duka.. Namun itu semua.. ujian dunia.. Nilai yang wajib dibayar.. untuk meraih kejayaan.. Syahid fi sabililLah.. Kalau ikutkan.. memang diri kita tak layak untuk berjuang.. Tapi Allah dah bagi izin berjuang.. Tanpa perlu kita meminta izin daripadaNya.. Kita nak bawa satu benda yang suci dan murni.. Sejauh manakah hati dan jiwa kita ini suci.. Kita nak lahirkan orang yang soleh.. Bagaimanakah kita yang penuh dosa dan noda.. mampu berbuat demikian.. Kita mengharapkan nusrah Illahi.. Tapi sering menyebabkan nusrah Illahi terhijab.. Tapi Allah tak pernah putus kasih dan rahmat terhadap hamba Nya.. Sentiasa ada peluang untuk hamba-hamba Nya kembali kepada dia.. Begitu besarnya rahmat Illahi.. Allah.. Give us all heart.. Give us all strength.. And make our hearts.. True.. now and forever..
TANGGUNGJAWAB!!! tanggungjawab itu umpama menggalas batu di atas pundak. tanggungjawab itu umpama menjolok mentari dengan memandang wajahnya. tanggungjawab itu umpama seekor belut di genggaman tangan. tanggungjawab itu umpama mengumpul embun sebelum terbit matahari. tanggungjawab itu umpama menghitung helai daun pada pohon yang rimbun. tanggungjawab itu empama mendaki gunung setinggi langit. tanggungjawab itu umapama pencarian sebutir mutiara dalam lautan yang dalam. tanggungjawab itu seperti mengasing-asingkan bauran beras dan pasir. tanggungjawab itu sebenarnya satu amanah yang harus ditunaikan. Demi ISLAM!!!!!

SATU PERJUANGAN Sekujur Tubuh Menjadi Bentengan Dan Halangan Ku Cuba Lepaskan Andai Dimamah Dan Juga Diredah Ku Pasrah Tiada Ku Gentar Andai Kurebah Di Gelanggang Serta Ku Gagal Dalam Bertahan Hanyalah Doa Dan Azimat Sebagai Dorongan Meneruskan Perjuangan Muslimin Dan Muslimat Usia Mu Bak Permata Bergemerlapan Cerah Bersinar Indah Itulah Khazanah Yang Jadi Hiasan Memancarkan Sinaran Walau Diri Berlumpur Tetap Kau Teguh Dan Utuh Walau Ada Yang Cuba Meruntu Ya Allah Kau Lindungkanlah Diriku Dari Kesukaran Ya Rabbi Kau Kasihkan Hamba Dalam Perjuangan Menegakkan Islam Terlintas Di Fikiran Apakah Bakti Yang Pernah Kau Berikan Syahid Dalam Berjuang Pasti Ganjaran Syurga Yang Dijanjikan Taman Wangian Yang Indah Menjadi Kekasih Allah Bukan Suatu Khayalan Jelas Terurai Di Dalam Kalam Ya Allah Ku Mohon Anugerah Kekuatan Iman Ya Rabbi Kau Kasihkan Hamba Dalam Perjuangan Menegakkan Islam




Bangkitlah dari tidurmu!!! bukakan matamu. Terus dan maju ke saf perjuangan bersama menegakkan dan mandaulatkan Islam. Demi umat sejagat dan ISLAM.. TAKBIR!! TAKBIR!! TAKBIR!!

Sekian.

Sunday, February 8, 2009

Gotong royong amalan yang semakin dilupakan.

13 Safar 1430 bersamaa 8 Februari 2009 hari Ahad.

Semangat gotong royong sememangnya terkenal di kalangan masyarakat Melayu dan peribumi sabah. Namun, seakan-akan semangat ini semakin hari tengelam di makan usia. Masing-masing dengan kesibukan dunia sehinggakan melupakan semangat kejiranan. Aku terasa rindu akan semangat bergotong royong, yang pada aku hampir setahun lebih sudah tidak bersama bergotong royong. Ingin ku kongsi sedikit ruangan pada pagi tadi, kami dan golongan ibubapa dan jiran tetanggan PASTI (Pusat Asuhan Tunas Islam) Zaid Bin Haritha, Kg Lupak Meluas Karamunting turun bersama bagi mengeratkan lagi talian silaturahim untuk bergotong royong bersama.

Tidak lain tidak bukan, kami sempat menjamu selera bersama, yang mana jamuan makanan ini juga disediakan oleh masyarakat kampung yang hadir masing-masing membawa juadah. Ketika menjamu selera, sempat kami berkongsi pandangan dan pengalaman hidup yang tua berkongsi sejarah asal usul kampung yang diberi nama Lupak Meluas, di Karamuntuing. Dan yang muda pula berkongsi cerita akan kisah remaja masa kini dan sistem politik kerajaan hari yang nampaknya semakin kotor dan biadab terhadap kehendak Rakyat. Keadaan ni sangat2 merisaukan kami masyarakat Sandakan, sama ada golongan tua ataupun yang muda. Maklum pada pembaca laman blog ku ini, di Sandakan hampir semua kampung perumahan setinggan akan dimusnahkan oleh pemerintahan kerajaan zalim Barisan Nasional. Contoh yang paling dekat dan menjadi bukti adalah rumah setinggan KG BDC, aku juga pernah menjadi penduduk kampung tersebut sekitar pada tahun 1990, kemudian berhijrah ke batu 10 apabila hampir ¼ kg tersebut musnah di jilat api pada awal tahun1992. Berbalik pada cerita tersebut, kini tapak perkampungan BDC dalam proses untuk di bangunkan menjadi tapak golongan elit yang terdapat sebuah hotel yang dengar cerita bertaraf 5 bintang. Nah, kini hampir semua perkampungan setinggan mungkin akan menjadi mangsa kerakusan golongan tertentu yang bagi mereka di sana terdapat keuntungan jutaan ringgit yang membolehkan mereka mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda, dengan hanya satu alasan untuk pembangunan dan kebaikan bersama kononnya.. Begitulah sembang-sembang kosong bersama masyarakat kampung tadi, aku hanya mendengar luahan hati mereka yang ingin ku kongsi bersama anda semua. Berikut gambar suasana pada hari tersebut.

Si Ayah bersama dua anaknya yang merupakan Pelajar PASTI.

Juadah makan yang dikongsi makan bersama.


Ust Kamaruddin turut hadir bersama.
sila klik blog ust Kama (http://muridkyai.blogspot.com/)


aku posing di awal kedatangan ku sekitar jam 8 pagi.


Bergurau senda sambil berkerja dapat menghilangkan rasa penat.



kaum ibu membersihkan dan mencantikan bunga2 yang nampak usang



Pelajar PASTI dua beradik ni pun tidak ketinggalan untuk hadir bersama,, tapi asyik makan je..



Semangatnya beliau ni.. begitulah suasana gotong royong



Membuat Parit untuk aliran air keluar.


Pokok mati yang berjaya kami tumbangkan.


Hebat Pakcik ni,, masih kuat lagi panjat pokok.


Alihkan tangki kosong daripada sarang pembiakan nyamuk.



Tumbangkan pokok mati.

Pak guard yang dilantik menjadi pengawal bagi PASTI Zaid.

Namun, hati ini terasa kecewa kerana tiada seorang pun sahabat2 ku yang ku jemput datang untuk bersama-sama turun bergotong royong. Mungkin kerana kesibukan mereka kot untuk menghabiskan masa bersama keluarga di hari minggu. Namun ketiadaan mereka sebenarnya bukan menjadi penghalang untuk mengadakan program seumpama ini. Hatiku tersentak seketika sebilangan mereka yang hadir sanggat mengharapkan agar diadakan program gotong royong PASTI pada setiap bulan. Mereka juga sebenarnya rindukan suasana ini. Walaupun terasa amat jijik dan letih, namun keseronokan ini sebenarnya tiada nilainya. Tepuk dada, tanya lah iman??? Betul ka?
Begitulah suasana bergotong royong, semoga semnagat ini tidak akan pudar di kalangan masyarakat kita dan diteruskan oleh genarasi seterusnya.
sekian..
Oleh : NASH