Aku online

Thursday, March 12, 2009

Teman-teman seperjuangan ku..UUM

Sepanjang mengaji di UUM,, inilah teman2ku yang sering kami bersama. bergurau senda sentiasa dan tidak lupa juga dengan tanggungjawab merancang untuk dakwah islamiyah di kampus. alhamdullilah kini, persatuan Islam di kampus UUM kini boleh di terima oleh mahasiswa UUM. Buat teman2ku yang masih berada di UUM, teruskan perjuangan anda dan rebutlah peluang menuntut ilmu sepanjang pengajian di kampus.




Wednesday, March 11, 2009

Suara wanita bukan aurat

Perbahasan mengenai kedudukan suara wanita telah banyak dibahaskan. Pelbagai pendapat berhubung permasalahan ini telah dikemukan samada yang disandarkan kepada nash syarak atau secara aqliyah semata. Oleh yang demikian, sangat bahaya sekiranya sesuatu hukum diletakkan tanpa meneliti ketetapan melalui pengajian dan pembelajaran. Saya bukan orang yang layak mengulas lanjut tetang isu permasalahn ini. Namun ada yang boleh kita kongsi bersama melalui artikel ini yang saya petik daripada Ust MOHD. SHAUKI ABD. MAJID.

Walaupun ada pandangan mazhab lain mengatakan suara wanita aurat namun yang jelas mazhab Shafie yang menjadi ikutan majoriti umat Islam negara kita tidak meletakkan bahawa suara wanita adalah aurat. Dan yang jelas lagi tidak ada dalil al-Quran serta al-hadis mengatakan bahawa suara wanita itu aurat.

Menurut pendapat Syeikh Atiyah Saqr, pengerusi Jawatankuasa Fatwa Universiti Al-Azhar, Mesir dalam koleksi fatwanya 'soal jawab wanita Islam' terbitan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) bahawa pada prinsipnya suara wanita bukanlah termasuk aurat. Sekiranya suara memang merupakan aurat, maka sukarlah bagi kaum wanita dan tentunya taklif atau beban syariat yang dikenakan kepada mereka bersifat usr iaitu sangat sukar dan ini bercanggah dengan prinsip agama Islam bahawa Ad-Dinu Yusr iaitu agama itu mudah, sedangkan kaum wanita juga merupakan 'makhluk sosial' yang berhajat untuk berkomunikasi dengan sesama insan baik ia dari kaum lelaki ataupun kaum perempuan dalam proses kehidupan sosialnya, sedangkan aurat suara wanita sebenar terletak pada kemerduan dan kelembutan suaranya yang boleh menggoda kaum lelaki, bukan pada suara wanita itu sendiri.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki ajnabi) kerana yang demikian menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan). - (Surah al-Anzab 33:32)

Allah s.w.t. tidak melarang mereka secara mutlak untuk bercakap dengan kaum lelaki bahkan membolehkan, selama tidak mendatangkan fitnah bagi dirinya dan bagi kaum lelaki itu, Allah s.w.t. melarang kaum wanita merdu untuk melembutkan suara mereka semasa bercakap dengan kaum lelaki supaya mereka tidak tergoda ataupun tergoyang keimanannya dan menimbulkan berahinya.

Dengan demikian, pada prinsip suara wanita bukanlah aurat yang dilarang untuk dilihatkan atau didengarkan. Dahulu para sahabat daripada golongan wanita sering bertanya (berdialog) kepada Rasulullah s.a.w. tentang masalah-masalah hukum-hakam dalam agama dan didengar oleh kaum lelaki yang hadir daripada sahabat-sahabat Baginda. Bahkan sering pula mereka berdialog dengan para sahabat dan sebaliknya sebagaimana di saat ada seorang wanita yang mengkritik Umar r.a. tentang perkara mas kahwin di dalam pertemuan pada suatu majlis yang diadakan di sebuah masjid, di mana dihadiri pula oleh kaum lelaki, sedangkan Umar tidak melarangnya untuk bersuara padahal beliau terkenal tegas dan kuat memegang syariat agama.

Menurut al-Qurtubi suara wanita di saat berkata-kata bukanlah termasuk aurat, lelaki dibolehkan bercakap-cakap atau berdialog dengan wanita kerana ada hajat tertentu tetapi wanita tidak dibolehkan memerdukan, melembutkan atau mengindahkan suaranya di saat bercakap dengan lelaki, kerana perkara demikian boleh menimbulkan berahinya dan juga membuat ia tergoda dan suka. Dengan demikian sangat dianjurkan bagi kaum wanita untuk tidak berdialog dengan kaum lelaki yang bukan mahramnya melainkan kerana ada hajat atau sebab-sebab yang munasabah, kerana suara seorang wanita sejak semula jadinya memang lembut dan ia boleh menggoda kaum lelaki apalagi sekiranya dibuat-buat sehingga menjadi lebih lembut dan menggoda.

Dalam ketentuan syariah yang lebih berhati-hati dimakruhkan kepada kaum wanita untuk meninggikan suara dalam membaca al-Quran, demikian pula tidak disyariatkan 'azan' kecuali untuk jemaah wanita sahaja, bahkan di dalam syariat fikah apabila seorang wanita ingin menegur kekeliruan yang dilakukan oleh imam di dalam solat berjemaah ia tidak boleh menegur dengan membaca 'tasbih' sebagaimana yang dilakukan oleh lelaki tetapi cukup dengan menepuk tangannya sahaja sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim.

Demikian pula wanita tidak disyariatkan untuk membaca bacaan-bacaan dalam sembahyang dengan bacaan yang nyaring pada sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh sebagaimana yang disyariatkan bagi kaum lelaki sewaktu melakukan sembahyang sendirian. Semua ini menunjukkan bahawa wanita mesti menjaga dan berhati-hati terhadap fitnah yang boleh disebabkan oleh suara mereka bukan bermakna suaranya merupakan aurat. Di antara yang menggoda lelaki adalah derai tawa (ketawa) seorang wanita di depan mereka, apalagi jenis ketawa yang memberahikan, demikian pula senyuman diiringi dengan ketawa kecil yang seksi lagi menggoda, inilah yang sangat dilarang oleh agama kerana untuk menjaga harga diri wanita dan juga mencegah daripada timbulnya fitnah.

Jika ia dikatakan aurat kenapa Rasulullah s.a.w. sendiri pernah mengizinkan dua orang wanita bernyanyi di rumahnya. Ini berdasarkan hadis riwayat Bukhari dan Muslim dari Aisyah r.a., katanya. 'Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. masuk ke tempatku. Ketika itu di sampingku ada dua gadis yang sedang mendendangkan nyanyian tentang hari Bu'ats. Ku lihat Rasulullah s.a.w. berbaring tetapi dengan memalingkan mukanya. Pada saat itulah Abu Bakar masuk dan ia marah kepadaku'. Katanya ''Di tempat rumah Nabi ada seruling syaitan?'' Mendengar seruan itu Nabi s.a.w. lalu menghadapkan mukanya kepada Abu Bakar dan berkata:
''Biarkanlah kedua-duanya, hai Abu Bakar''.

Dalam satu peristiwa lain Rasulullah s.a.w. pernah mendengar nyanyian seorang wanita yang bernazar untuk memukul rebana dan bernyanyi di hadapan Rasulullah s.a.w. hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Tarmizi dari Buraidah menyebut: ''Suatu hari Rasulullah s.a.w. pergi untuk menghadapi suatu peperangan. Setelah beliau pulang dari medan perang, datanglah seorang wanita kulit hitam lalu berkata; ''Ya Rasulullah aku telah bernazar, iaitu kalau tuan dipulangkan Allah dengan selamat, aku akan menabuh rebana dan bernyanyi di hadapan tuan. Mendengar hal itu Rasulullah sa.w. bersabda yang bermaksud: ''Jika demikian nazarmu, maka tabuhlah. Tetapi kalau tidak maka jangan lakukan''.

Kesemua keterangan tersebut menunjukkan bahawa suara wanita bukan aurat. Rasulullah s.a.w. juga secara praktikal pernah berbicara dengan kaum wanita seperti mana ketika menerima bai'at dari kaum ibu sebelum dan sesudah hijrah. Bahkan dari segi syarak ia tidak pernah menghalang kaum wanita untuk melaksanakan urusan jual beli, menyampaikan ceramah, mengaji al-Quran, membaca Qasidah atau syair. Jika suara wanita itu dianggap aurat sudah tentu dari segi hukum syarak dianggap haram.

Seni bacaan al-Quran adalah termasuk dalam seni Islam yang mempunyai nilai sastera yang tinggi, indah dan juga mempunyai seni bacaannya yang unik. Apakah salah kaum wanita mempelajari dan membacanya kerana selain daripada kandungan kata dan pesan yang ingin disampaikan al-Quran juga dari segi susunan kata dan kalimatnya yang menyangkut soal nada dan susunannya dapat memukau dan menginsafi sesiapa sahaja yang mendengarnya. Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Muzzammil ayat 4 yang bermaksud:
''Bacalah al-Quran dengan sebaik-baik (Tartil)''.
Imam Bukhari dan Abu Daud juga meriwayatkan sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:
'Perindahkan al-Quran dengan suara kamu'.

Bukankah semua ini menunjukkan bahawa menyanyikan al-Quran tidak dilarang dan kerana itu menyanyi secara umum pun tidak dilarang kecuali nyanyian itu tidak sejalan dengan tuntutan Islam. Sebagai seni Islam satu ciri yang dianggap positif ialah ia tidak berkisar di sekitar manusia individu, ia mempunyai orientasi sosial dan terpancarnya keperluan bersama manusia.

Sekian.

Rujukan :MOHD. SHAUKI ABD. MAJID, Penolong Pengarah Yadim

Monday, March 9, 2009

Kepimpinan Dalam Erti Kata Sebenar?


Daripada Ibn Umar r.a., Rasulullah s.a.w bersabda, Tiap seorang daripada kamu adalah pemimpin dan kamu bertanggungjawab terhadap orang yang dipimpin. Imam adalah penjaga pemimpin dan bertanggungjawab kepada pimpinannya, lelaki itu pemimpin dan bertanggungjawab kepada pimpinannya, orang perempuan adalah pemimpin dalam rumah suaminya dan bertanggungjawab kepada pimpinannya, hamba adalah penjaga harta tuannya dan bertanggungjawab kepada pimpinannya, dan setiap kamu adalah pemimpin dan bertanggungjawab kepada pimpinan kamu”. (Riwayat Muslim)


Jika diamati lebih mendalam, betapa Rasululah s.a.w cuba untuk memberikan makna kepimpinan agar dapat difahami sebaik-baiknya oleh seluruh umat manusia. Dimulakan kata-kata itu dengan ditujukan kepada kita semua dan diakhiri kata-kata itu dengan ditujukan kepada kita semua juga. Diberikan contoh bermula dari seorang imam sehinggalah kepada seorang hamba; contoh yang bermula dari semulia-mulia darjat sehinggalah serendah-rendah darjat di sisi manusia.Jika dilihat kembali kesemua firman Allah s.w.t dan hadis Rasulullah s.a.w di atas, bukankah kita dapat simpulkan bahawa setiap manusia itu adalah pemimpin. Sekaligus menyanggah pendapat yang mengatakan “leaders are not born” (pemimpin tidak dilahirkan). Berteriaknya seorang bayi yang baru keluar dari rahim seorang ibu itu adalah teriakan seorang pemimpin yang baru dilahirkan ke dunia.

Sesungguhnya Allah mencipta dan melahirkan manusia itu sebagai khalifah di muka bumi, tidak kiralah sama ada anak itu dididik oleh ibu bapanya untuk menjadi pemimpin atau tidak.Apa kata jika kita ajar mereka dengan definisi baru yang dirumuskan seperti berikut;Pemimpin adalah orang yang mempunyai tanggungjawab, menjaga dan melaksanakan tanggungjawab dan bertanggungjawab di atas tanggungjawab- tanggungjawabnya Ketahuilah bahawa sekalipun kita tidak menjadi pemimpin kepada mana-mana organisasi atau pemimpin dalam masyarakat, kita tetap seorang pemimpin. Kita adalah pemimpin kepada diri kita dan setiap anggota-anggotanya. Kita memimpin akal kita dan bertanggungjawab di atas apa yang kita fikir dan putuskan dalam hidup. Kita memimpin hati kita dan bertanggungjawab di atas bisikan-bisikannya. Kita memimpin mata kita dan bertanggungjawab di atas apa yang kita lihat. Kita memimpin telinga kita dan bertanggungjawab di atas apa yang kita dengar. Kita memimpin mulut kita dan bertanggungjawab di atas apa yang kita perkatakan dan apa yang kita makan. Kita memimpin tangan kita dan bertanggungjawab di atas apa yang kita lakukan. Kita memimpin kaki kita dan bertanggungjawab di atas setiap langkah kita. Kita juga adalah pemimpin kepada persekitaran yang kita lalui setiap saat dan bertanggungjawab di atas setiap tindakbalas yang kita berikan. Inilah sikap jika dipraktikkan, akan menjadikan diri seseorang itu lebih bertanggungjawab dan tidak mudah menyalahkan orang lain.

Ketahuilah bahawa sekalipun kita tidak menjadi pemimpin kepada mana-mana organisasi atau pemimpin dalam masyarakat, kita tetap seorang pemimpin. Kita adalah pemimpin kepada diri kita dan setiap anggota-anggotanya. Kita memimpin akal kita dan bertanggungjawab di atas apa yang kita fikir dan putuskan dalam hidup. Kita memimpin hati kita dan bertanggungjawab di atas bisikan-bisikannya. Kita memimpin mata kita dan bertanggungjawab di atas apa yang kita lihat. Kita memimpin telinga kita dan bertanggungjawab di atas apa yang kita dengar. Kita memimpin mulut kita dan bertanggungjawab di atas apa yang kita perkatakan dan apa yang kita makan. Kita memimpin tangan kita dan bertanggungjawab di atas apa yang kita lakukan. Kita memimpin kaki kita dan bertanggungjawab di atas setiap langkah kita. Kita juga adalah pemimpin kepada persekitaran yang kita lalui setiap saat dan bertanggungjawab di atas setiap tindakbalas yang kita berikan. Inilah konsep pemimpin yang paling asas dan perlu diketahui oleh seluruh lapisan masyarakat.

Maka dengan itu, atas kesedaran ini SM(S) As Salam telah mengadakan Kursus Kepimpinan agar pelajar dapat memahami makna sebenar erti Kepimpinan agar mereka menjadi seorang pemimpin yang benar2 boleh memimpin.



Aktiviti mejelajah hutan dapat menguji ketahan fizikal peserta.

Berjalan kaki menuju ke puncak bukit.

Saat tibanya di puncak kaki bukit.

Pemimpin tidak dilahirkan, tetapi dibentuk..


Perbahasan antara pelajar. Isu yg dibahaskan "Rumah Setinggan"

Karisma Vs Kepimpinan

Antara pengaruh dan kuasa?

Aktiviti dalam kumpulan (LDK)


Kesimpulannya, konsep kepimpinan yang paling asas yang tidak diajarkan dalam matapelajaran sekolah. Kita lebih percaya dan menumpukan kepada definisi kepimpinan yang diciptakan oleh pemikir-pemikir barat tanpa ada sedikit pun rasa untuk mengkaji semula akan ketepatannya. Tidak keterlaluan jika dikatakan, inilah yang menjadi salah satu faktor mengapa kita masih gagal membentuk keperibadian terpuji anak-anak warisan kita. Inilah yang menjadi sebab mengapa pemimpin-pemimpin hari ini baik dalam sektor awam, swasta mahupun politik gagal dalam menjalankan tugas-tugas mereka sebagai pemimpin dalam ertikata sebenar. Maka akhirnya, perbuatan seperti rasuah, pecah amanah, gajala seks, penipuan dan sebagainya sering dilakukan oleh mereka yang bergelar sebagai PEMIMPIN yang telah diberi KUASA untuk MEMIMPIN.
Sekadar renungan..

Wednesday, March 4, 2009

Sukan dan Kawad?

Berikut merupakan gambar latihan kawad kaki pelajar Sek Men (S) As Salam sempena Temasya Sukan Sekolah pada 14 Mac 2009.