Aku online

Sunday, May 8, 2011

Memori indah di negeri jelapang padi

Assalamualaikum, baru-baru ini aku menyambut hari kelahiranku genap yang ke-26 dibumi jelapang padi KEdah Darul Aman. Kesempatan ini aku ingin berkongsi sedikit gambar yang menyimpan seribu kenangan manis buat diriku yang ingin ku kongsi bersama. Gambar ini ku ambik dengan camera DSLR Canon 600D dan lens Tamro 70-300mm, lens canon 18-55mm dan canon 50mm.

































































Sunday, August 1, 2010

BANJIR MELANDA KG PASIR PUTIH TAWAU

Pada malam jumaat lepas, satu bencana alam telah melanda Kg Pasir Putih, Tawau. Banjir kilat yang berlaku seawal jam 10 malam berlanjutan sehingga jam 5 pagi dan menyebabkan banjir sehingga paras dalam 4 meter yang telah menenggelamkan beberapa buah rumah.

Aku sempat ketempat kejadian pada hari kedua selepas bencana ini menimpa kg tersebut. Di mana, salah sebuah rumah tersebut adalah makcik saudara aku sendiri. Pada pagi tersebut aku datang membantu membersihkan kawasan rumah makcik aku. Sempat juga aku meninjau rumah yang lain dan ada yang telah musnah sama sekali yang telah dihanyutkan oleh banjir tersebut.

Harta benda telah musnah sama sekali, lumpur telah memenuhi halaman rumah, atap zink dan dinding kayu yang telah reput habis musnah sama sekali. Itu lah yang dapat aku gambarkan pada hari tersebut. Ada seorang pakcik yang sempat berkongsi pengalaman pahitnya ketika kejadian tersebut, dia hanya mampu memanjat di tingkap rumahnya dan mendokong dua orang cucunya dan bertahan sehingga air surut sekitar jam 5 pagi. Dalam raut wajah pakcik tersbut mengambarkan bahawa bencana alam ini memberi peringatan buat umat manusia, agar sentiasa beringat akan pertintah Tuhan Yang Maha Berkuasa.

Aku hanya mampu merakamkan beberapa gambar untuk tatapan kita bersama agar bersama kita merenung kembali dan bermuhasabah diri.









Friday, June 18, 2010

Kereta Ambulans hangus terbakar setelah merempuh kancil

Hari ini, lepas solat jumaat ketika dalam perjalanan hendak ke kerja kira-kira jam 1.45pm, satu kejadian yang amat mengerikan berlaku di depan mata. Sebuah kereta ambulans telah merempuh sebuah kereta kancil dan ambulans tersebut terbabas dan terus melutup. aku kurang pasti mangsa dalam kereta ambulans tersebut. kejadian tersebut berlaku di simpang empat lampu isyarat jalan kuhara takada tawau. kalau tidak silat aku, terdapat 3 kali letupan dalam kereta ambulans tersebut.











Saturday, December 19, 2009

Dilema Siswazah

Bismillahirahmanirahim..

Hampir sebulan da aku tidak menulis dalam dunia blog.. Mungkin dengan kesibukan kerja yang menimpa, Apa tidaknya, pergi kerja seawal jam 7 pagi dan balik dah isyak, di tambah dengan keletihan sudah tentu tidak lagi memikirkan akan dunia bloggers ini. begitulah rutin harian bilamana sudah bekerja. Pada waktu cuti pula, ada ja aktiviti luar yang perlu diikuti.

Tidak dinafikan dunia yang paling seronok adalah zaman kampus life, Banyak masa yang boleh digunakan untuk bersama masyarakat luar khususnya. Walaupun dunia study ni sangat menekan jiwa sesetenggah insan, namun kemanisan alam pengajian ini sangat menyeronokkan.

Aku sudah hampir empat bulan merantau di bumi peladang, tanpa di sedari tinggal beberapa hari lagi akan masuk ke dunia baru 2010. Hijrah suda berlalu,, masing-masing mempunyai azam baru untuk diterjemahkan. aku juga mempunyai azam yang cukup mencabar untuk diterjemahkan menjadi realiti

Program 3P anjuran Jabatan Tenaga Kerja Tawau baru- baru ini.



Perlawanan futsal piala Pengurus Cawangan.. Pengurusan Vs Bukan Pengurusan. Kemenangan memihak pada kami (team Pengurusan)

Kini musim durian,, puaslah makan durian. Sekarang orang tak jual guna kilo da, kira sebiji ja. ada yang mencecah RM2 ja sebiji.


Sapa pernah tengok ikan ni? kalau tengok dari rupa sudah tentu takut untuk di makan. macam ikan pirana pula. ini lah Ikan Ayam, isi dia manis tapi banyak tulang la. seokor ni harga RM5 ja..


Sebenarnya dalam ruangan kali ini, saya ingin berkongsi sedikit tentang alam kerjaya sebagai siswazah baru yang akan terjun ke alam kerjaya. sejak dalam beberapa minggu ini, terdapat beberapa siswazah berkongsi pandangan dan luahan hati mereka melalui email yang menyatakan rasa kecewa mereka disebabkan masih lagi mencari kerja yang bagi mereka sukar untuk mendapatkan kerja pada ketika ini. malah ada yang beranggapan bahawa sekiranya tidak mempunyai "orang dalam" sudah tentu masa depan akan kabur. malah ada yang dapat kelas pertama dalam ijazah juga masih tidak peroleh kerjaya yang diingini. Dan pelbagai lagi isu pengganguran siswazah khusunya di bumi sabah ini.

Bagi saya cukup mudah, kita perlu yakin bahawa setiap insan pasti ada rezekinya. cuma bagaimana untuk mendapat peluang pekerjaan yang diingini itu ada petuanya. Pertama, anda perlu elakan sifat ego anda sebagai seorang siswazah. Ego yang saya maksudkan di sini, Jawatan dan skla gaji yang anda inginkan. Rata-rata mahasiswa ingin terus terjun ke alam kerjaya yang menjanjikan jawatan dan gaji yang tinggi. Maka apa yang perlu anda buat, selepas sahaja tamat pengajian, cari lah mana-mana kerja dan jangan demand terlalu tinggi. Tidak salah sekiranya kerjaya anda bermula sebagai office boy dan bergaji hanya RM500 sahaja. Proses pertama yang perlu ada lakukan ialah mencari sebanyak mana pengalaman walaupun hanya bekerja dalam 3 bulan sahaja. Pengalaman ini yang akan menolong anda mendapatkan peluang pekerjaan yang baik.

Proses kedua, berapa ramai siswazah yang telah tamat pengajian akan membelek semula kitab-kitab atau nota-nota pengajian? Anda perlu mantapkan diri anda dari segi pengatahuan dalam bidang yang anda study. Ini kerana semasa proses temuduga, penemuduga akan bertanya pada anda sesuai dengan bidang yang ceburi. Maka, anda perlu banyakkan membaca tentang isu-isu semasa. Sebagai contoh anda merupakan siswazah perbankan, maka anda perlu megataui isu-isu yang berlaku dan penyelesainnya. pendek kata, banyakkan membaca bahan ilmiah, ini kerana kematangan fikiran anda berdasarkan pengatuahuan am anda.

Seterusnya, penulisan resume juga sangat penting. Saya cukup hairan, kerana terdapat juga segelintir siswazah yang tidak reti untuk menulis resume. Penulisan juga perlu sesuia dengan bahasa, dan susun atur. perlu padat tetapi ringkas dan menarik. peranan resume sangat penting untuk mendapatkan shortlist sebelum mendapat panggilan temuduga.

Banyak yang ingin di kongsikan namun, kekangan masa ini menyebabkan cukup sukar untuk di kongsikan dalam ruangan ini..

Sekian.


Jawatan kosong untuk Unit Trust Consultant
sila klik : http://nashijarah.blogspot.com/2009/12/jawatan-kosong-unit-trust-consultant.html

Sunday, November 22, 2009

Riba bukan satu "DOSA"

Hari ini, bila mana kita sebut tentang perihal riba, semua orang pasti akan kata HARAM dan berdosa besar. Tak kiralah latar belakang orang itu. Golongan petani, nelayan,guru,Polis, malah para ilmuan cendikian Islam juga sudah pasti akan mengatakan Riba adalah HARAM dan salah satu dosa besar. Memang benar tangkapan ini.
Dalam ruangan kali ini, yang mana sudah hampir 2 bulan saya tidak posting sebarang artikel. Kesempatan ini, saya ingin berkongsi sedikit tetang pengalaman saya yang baru 2 bulan bekerja di salah sebuah Institusi Perbankan Islam di Tawau. saya bekerja sebagai Esekutif Pembiyaan yang mana akan proses permohonan pembiyaan peribadi dan kredit kad para pelanggan. Apa yang menjadi rutin dalam menjalankan tuasan harian, saya di datangi pelbagai golongan manusia yang ingin mememenuhi keperluan kewangan masing-masing. Saya bersyukur bila mana saya juga bekerja di Institusi Perbankan Islam yang mengamalkan 100% produk yang patuh syariah.
Berbalik pada cerita asal. Pada hari ini masyarakat kita yang pada asalnya mengatakan riba itu adalah HARAM dan salah satu dosa besar adalah satu hipokrik. Benar saya katakan demikian, bila mana saya melihat ramai dikalangan pelanggan yan saya jumpa, mereka PASTI ada terlibat dengan riba. Semata-mata ingin memenuhi keperluan hidup, ramai di antara kita langsung tidak memikir bentuk pinjaman dari mana-mana institusi kewangan samada konventional atau patuh syariah. Yang penting bagi mereka pinjaman yang mudah dan murah. Maka tidak hairanlah ramai lagi masyarakat Islam hari menggunakan sistem konventional yang sudah pastinya ia adalah salah satu amalan riba. Malah ada tangkapan yang sering saya dengar riba tidak berdosa, kerana ia tidak menindas, malah membantu dalam memenuhi keperluan hidup.

Sebab itulah hari ini masyarakat Islam masih ramai lagi yang melanggan Insurans, pinjaman kereta, pinjaman rumah, pinjaman peribadi, kredit kad, pelaburan dan simpanan di perbankan konventional. Seolah-olah riba ini bukan dosa.. Itulah padangan masyarakat kita.

Maka bagi mereka yang sedar akan hal ini, mari kita bersama korepsi diri. sejuah mana kita tergolong dalam amalan riba?

Saturday, October 17, 2009

Bas Persiaran untuk di sewa- TAWAU



Bas Persiaran max 14 orang penumpang (dewasa).
Seluruh daerah tawau @ Sabah.
Harga berpatutan - boleh runding sampai puas.
Pemandu yang berpengalaman dan mesra pelanggan.
Sesuai utk semua lapisan masyarakat.
Kalau berminat hubungi ;
Mr Lamba - 013 885 8445

Friday, July 31, 2009

Rumah setinggan.. kenangan silam.


Baru-baru ini, aku dan beberapa orang teman-temanku telah turun padang untuk bersama promosi pendaftaran pelajar PASTI untuk kemasukan 2010. Dalam ruangan kali ini, bukan suasana promosi yang ingin aku kongsi bersama pembaca sekalian. Aku ingin membawa kepada anda suasana dan kedaifan hidup masyarakat di ruangan yang di panggil rumah setinggan.


Ini lah gambaran kawasan setinggan, anda mungkin tidak merasai suasana hidup di kawasan ini, ataupun menjejakkan kaki apatalagi tinggal dan berkeluarga dengan suasana seperti ini. Aku juga pernah tinggal di kawasan setinggan masa itu, aku masih lagi beumur dalam lingukan 6 tahun di Kg BDC yang kini hanya tinggal seribu kenangan silam yang telah di musnahkan oleh mereka yang gilakan harta dan kuasa. Aku dan keluarga telah berhijrah dari Kg BDC pada tahun 1992 selepas mengalami kebakaran ketika itu. Dan selepas itu, aku sudah tidak merasakan kehidupan setinggan.




Cuma yang ingin aku kongsi bersama, suasana setinggan tidak sama seperti dahulu kala. Mengapa?? Aku akui dalam kawasan setinggan pelbagai gejala negetif yang akan berlaku seperti penyeludupan syabu, rokok, dadah dan sebagainya. Asalnya memang setinggan, masalah seperti ini sentiasa wujud. Zaman aku kanak-kanak lagi, aku pernah dipukul dan di “sapi” oleh sekumpulan remaja yang ketagih mengisap gam selepas pulang dari mengaji Al-Quran. Jadi tidak salahlah kalau aku katakan bahawa rumah setinggan sememangnya mempunyai risiko dari segi keselamatan kanak-kanak mahupun keluarga itu sendiri. Itu dahulu, setinggan sering mendapat ancaman seperti ini dan masyarakat juga sudah lali dengan bentuk ancaman dari remaja-remaja yang tidak bermoral ini.




Namun kini, telah wujud satu ancaman yang begitu menakutkan penduduk setinggan. Ancaman ini datangnya bukan dari golongan yang tidak bermoral dan gengstar ini. Ancaman ini datangnya daripada manusia yang gilakan kuasa dan pangkat. Hampir semua kawasan setinggan di bumi Sandakan ini akan di musnahkan satu demi satu. Bermulanya di Kg BDC dan kini telah merebak di semua kawasan setinggan. Amaran untuk merobohkan sudah di keluarkan. Ancaman inilah yang sangat menakutkan penduduk setinggan.




Aku cukup terkilan bila mana melihat sendiri kedaifan masyarakat setinggan yang hidup serba kekurangan. Dengan atap rumah yang bocor, ruangan yang kecil, tiada bekalan elektrik dan air. Tetapi, mereka boleh hidup dengan bersama keluarga dengan harmoni. Namun, keriangan ini hanya seketika, betapa ramainya masyarakat di Bumi Sandakan yang merasa peritnya apabila rumah yang sekian lama mereka duduki, malah ada yang lahir dan membesar di rumah tersebut. Kini dalam ancaman untuk dirobohkan.








Maafkan aku andai kata ukilan dari hati ini membuat anda terasa.