ahlan wa sahlan
Aku online
Thursday, May 28, 2009
Persistensi
50,000 Sijil Halal Palsu
KUALA LUMPUR : Berhati-hati apabila menjamu selera di restoran milik pengusaha bukan Islam berikutan siasatan pihak berkuasa mendapati ada antara sijil halal yang tertera pada premis perniagaan berkenaan palsu dan dibeli daripada pihak tertentu pada harga mencecah RM5,000 sekeping semata-mata untuk menarik kedatangan orang Islam menjamu selera di premis mereka.Difahamkan, penyebaran sijil akuan halal itu mendapat permintaan tinggi di kalangan pengusaha restoran milik bukan Islam bermasalah berikutan pemilik tidak perlu mematuhi syarat dan prosedur pensijilan halal yang ditetapkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebelum ini. Berdasarkan siasatan, sijil akuan halal yang tidak diiktiraf Jakim itu kini dimiliki hampir 50,000 premis makanan terutama pengusaha restoran bukan Islam di seluruh negara.Jurucakap Halal Industry Development Corporation (HDC) berkata, pemantauan dan siasatan dilakukan di beberapa premis makanan mendapati sijil halal tidak sah berkenaan diedarkan individu tertentu yang menjualnya untuk mendapatkan keuntungan lumayan.
Menurutnya, sijil halal tidak sah laku itu jauh berbeza dengan sijil halal Jakim yang kini dikeluarkan HDC berikutan ia tidak dipantau atau dikawal selia mengikut garis panduan sepatutnya.
“Pihak yang mengedarkan sijil berkenaan hanya memikirkan keuntungan apabila menjual sijil halal itu tanpa memikirkan sama ada pemilik restoran mematuhi syarat piawaian pensijilan yang harus dipatuhi.“Sebagai contoh, premis makanan yang memiliki sijil halal seharusnya mendapatkan bekalan bahan mentah seperti ayam dan daging daripada syarikat pembekal yang turut memperoleh sijil halal sah dari rumah sembelihan diiktiraf Jakim atau HDC. Selain itu, pihak premis makanan perlu memastikan tiada bahan masakan yang diragui digunakan selain memastikan aspek kebersihan dijaga,” katanya.Malangnya, pihak yang mengeluarkan sijil halal sama seperti sijil Jakim atau HDC ini lepas tangan dan tidak pernah melakukan pemantauan berkala.“Akibatnya ada restoran atau premis makanan ini yang memiliki sijil halal palsu menggunakan bahan masakan diragui halal serta pekerja bukan Islam untuk melakukan tugas memasak selain mengabaikan aspek kebersihan,” katanya.Jurucakap itu berkata, kelulusan memperoleh sijil halal HDC proses penuh teliti berikutan pemeriksaan mengikut prosedur akan dilakukan auditor syariah dan auditor teknikal (teknologi makanan) bagi memastikan premis terbabit benar-benar layak memiliki sijil halal berkenaan.
Wednesday, May 27, 2009
Gerakan Underground
Hasil daripada pemerhatian penulis beberapa kumpulan telah bergiat akitf di kalangan para remaja di Sandakan diantaranya ialah Kappha Rho Kappha (KRO), Hardstlye Republic (HR), Kappha Rho Sigma (KRS), Cewek Pasar Rokers (CPR), Alphachino, Kumpulan Emotional (EMO), Budak Atas Pasar (BPR), King Hard Republic (KHR) dan banyak lagi. Menurut seorang pelajar yang juga ahli kepada kumpulan KHR, kumpulan ini bergiat aktif dengan tarian sappel. Di mana remaja yang berminat dengan tarian ini, boleh menyertai kumpulan tersebut. Antara aktiviti yang mereka sertai termasuklah perjumpaan mingguan bagi semua ahli untuk praktis menari sappel tanpa mengira batas jantina. Malah dari segi pemakaian atau dressing juga mereka adalah berpakaian singkat samaada wanita mahupun lelaki. Namun penulis masih tidak dapat maklumat sepenuhnya terhadap gerakan kumpulan ini dengan lebih lanjut lagi. Namun apa yang pasti kumpulan seperti ini banyak mengundang masalah kepada pelajar.
Masalah sosial yang timbul seperti gejala ponteng sekolah, mereka yang terlibat dengan aktiviti ini sering poteng sekolah, pergaulan bebas, kaki pukul, gejala lepak, zina, dan pelbagai masalah lagi yang timbul. Penulis melahirkan rasa kebimbangan ini kerana tiada pihak yang tampil untuk menagani masalah ini dengan lebih serius termasuklah pihak berkuasa, NGO, badan sukarela mahupun di kalangan guru-guru sekolah. Akhirnya kumpulan seperti ini tumbuh dengan lebih pesat. Bagi diri penulis, kebimbangan ini semakin di risaukan apabila melihat sendiri seorang tua yang di samun oleh sekumpulan pelajar yang dipercayai sekumpulan “underground” sehingga hampir kedua tanggan mangsa terputus akibat di tetak guna parang.
Maka atas kesedaran ini, penulis ingin menyuruh kepada semua pihak agar tampil untuk bersama memainkan peranan masing-masing agar menyantas segala aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral ini untuk kebaikan bersama.
Sekian.
Thursday, April 16, 2009
Allahamdulillilah... aku selamat.
Setalah lama aku menyepi dalam dunia blog ku ini. kini aku kembali dengan penuh keinsafan dalam diri dan perlu muhasabah diri terhadap apa yang berlaku dalam diriku. Benarlah, setiap kejadian itu ada hikmat kebaikan yang tersembunyi.
29hb Mac merupakan hari yang penuh bermakna dalam hidu
Namun, kegembiraanku itu hanya seketika sahaja setelah kejadian malang yang menimpa diriku pada 6hb April yang hampir mengorbankan nyawaku ketika hendak ke tempat kerja setelah 10 hari bercuti. Aku telah terbabas di jalan raya kerana ingin menggelak daripada merempuh sebuah kereta yang secara tida-tiba U-Turn dihadapanku. Aku telah mengalami kecelakaan jalan raya yang bagi aku sungguh dasyat dan menyebabkan aku trauma seketika untuk tidak lagi menunggang motorsikal lagi. Aku mengalami kecederaan di bahagian bahu sebelah kiri dan menyebabkan pergerakan tanggan kiri agak terbatas dan mungkin mengambil masa untuk pulih sepenuhnya.
Begitulah beberapa peringatan Allah bagi hambaNya yang leka disebalik tanggungjawab yang diberikan. sesungguhnya manusia itu akan sentiasa diuji kesabaran dan keimanan mereka. Tidak ada satu manusia pun yang tidak di uji hatta, Nabi kita sendiri juga telah mendahapi pelbagai ujian.
Selamat bermuktamar buat sahabat-sahabatku...
Sekian.
Thursday, March 12, 2009
Teman-teman seperjuangan ku..UUM
Wednesday, March 11, 2009
Suara wanita bukan aurat
Menurut pendapat Syeikh Atiyah Saqr, pengerusi Jawatankuasa Fatwa Universiti Al-Azhar, Mesir dalam koleksi fatwanya 'soal jawab wanita Islam' terbita
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki ajnabi) kerana yang demikian menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan). - (Surah al-Anzab 33:32)
Allah s.w.t. tidak melarang mereka secara mutlak untuk bercakap dengan kaum lelaki bahkan membolehkan, selama tidak mendatangkan fitnah bagi dirinya dan bagi kaum lelaki itu, Allah s.w.t. melarang kaum wanita merdu untuk melembutkan suara mereka semasa bercakap dengan kaum lelaki supaya mereka tidak tergoda ataupun tergoyang keimanannya dan menimbulkan berahinya.
Dengan demikian, pada prinsip suara wanita bukanlah aurat yang dilarang untuk dilihatkan atau didengarkan. Dahulu para sahabat daripada golongan wanita sering bertanya (berdialog) kepada Rasulullah s.a.w. tentang masalah-masalah hukum-hakam dalam agama dan didengar oleh kaum lelaki yang hadir daripada sahabat-sahabat Baginda. Bahkan sering pula mereka berdialog dengan para sahabat dan sebaliknya sebagaimana di saat ada seorang wanita yang mengkritik Umar r.a. tentang perkara mas kahwin di dalam pertemuan pada suatu majlis yang diadakan di sebuah masjid, di mana dihadiri pula oleh kaum lelaki, sedangkan Umar tidak melarangnya untuk bersuara padahal beliau terkenal tegas dan kuat memegang syariat agama.
Menurut al-Qurtubi suara wanita di saat berkata-kata bukanlah termasuk aurat, lelaki dibolehkan bercakap-cakap atau berdialog dengan wanita kerana ada hajat tertentu tetapi wanita tidak dibolehkan memerdukan, melembutkan atau mengindahkan suaranya di saat bercakap dengan lelaki, kerana perkara demikian boleh menimbulkan berahinya dan juga membuat ia tergoda dan suka. Dengan demikian sangat dianjurkan bagi kaum wanita untuk tidak berdialog dengan kaum lelaki yang bukan mahramnya melainkan kerana ada hajat atau sebab-sebab yang munasabah, kerana suara seorang wanita sejak semula jadinya memang lembut dan ia boleh menggoda kaum lelaki apalagi sekiranya dibuat-buat sehingga menjadi lebih lembut dan menggoda.
Dalam ketentuan syariah yang lebih berhati-hati dimakruhkan kepada kaum wanita untuk meninggikan suara dalam membaca al-Quran, demikian pula tidak disyariatkan 'azan' kecuali untuk jemaah wanita sahaja, bahkan di dalam syariat fikah apabila seorang wanita ingin menegur kekeliruan yang dilakukan oleh imam di dalam solat berjemaah ia tidak boleh menegur dengan membaca 'tasbih' sebagaimana yang dilakukan oleh lelaki tetapi cukup dengan menepuk tangannya sahaja sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim.
Demikian pula wanita tidak disyariatkan untuk membaca bacaan-bacaan dalam sembahyang dengan bacaan yang nyaring pada sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh sebagaimana yang disyariatkan bagi kaum lelaki sewaktu melakukan sembahyang sendirian. Semua ini menunjukkan bahawa wanita mesti menjaga dan berhati-hati terhadap fitnah yang boleh disebabkan oleh suara mereka bukan bermakna suaranya merupakan aurat. Di antara yang menggoda lelaki adalah derai tawa (ketawa) seorang wanita di depan mereka, apalagi jenis ketawa yang memberahikan, demikian pula senyuman diiringi dengan ketawa kecil yang seksi lagi menggoda, inilah yang sangat dilarang oleh agama kerana untuk menjaga harga diri wanita dan juga mencegah daripada timbulnya fitnah.
Jika ia dikatakan aurat kenapa Rasulullah s.a.w. sendiri pernah mengizinkan dua orang wanita bernyanyi di rumahnya. Ini berdasarkan hadis riwayat Bukhari dan Muslim dari Aisyah r.a., katanya. 'Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. masuk ke tempatku. Ketika itu di sampingku ada dua gadis yang sedang mendendangkan nyanyian tentang hari Bu'ats. Ku lihat Rasulullah s.a.w. berbaring tetapi dengan memalingkan mukanya. Pada saat itulah Abu Bakar masuk dan ia marah kepadaku'. Katanya ''Di tempat rumah Nabi ada seruling syaitan?'' Mendengar seruan itu Nabi s.a.w. lalu menghadapkan mukanya kepada Abu Bakar dan berkata:
''Biarkanlah kedua-duanya, hai Abu Bakar''.
Dalam satu peristiwa lain Rasulullah s.a.w. pernah mendengar nyanyian seorang wanita yang bernazar untuk memukul rebana dan bernyanyi di hadapan Rasulullah s.a.w. hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Tarmizi dari Buraidah menyebut: ''Suatu hari Rasulullah s.a.w. pergi untuk menghadapi suatu peperangan. Setelah beliau pulang dari medan perang, datanglah seorang wanita kulit hitam lalu berkata; ''Ya Rasulullah aku telah bernazar, iaitu kalau tuan dipulangkan Allah dengan selamat, aku akan menabuh rebana dan bernyanyi di hadapan tuan. Mendengar hal itu Rasulullah sa.w. bersabda yang bermaksud: ''Jika demikian nazarmu, maka tabuhlah. Tetapi kalau tidak maka jangan lakukan''.
Kesemua keterangan tersebut menunjukkan bahawa suara wanita bukan aurat. Rasulullah s.a.w. juga secara praktikal pernah berbicara dengan kaum wanita seperti mana ketika menerima bai'at dari kaum ibu sebelum dan sesudah hijrah. Bahkan dari segi syarak ia tidak pernah menghalang kaum wanita untuk melaksanakan urusan jual beli, menyampaikan ceramah, mengaji al-Quran, membaca Qasidah atau syair. Jika suara wanita itu dianggap aurat sudah tentu dari segi hukum syarak dianggap haram.
Seni bacaan al-Quran adalah termasuk dalam seni Islam yang mempunyai nilai sastera yang tinggi, indah dan juga mempunyai seni bacaannya yang unik. Apakah salah kaum wanita mempelajari dan membacanya kerana selain daripada kandungan kata dan pesan yang ingin disampaikan al-Quran juga dari segi susunan kata dan kalimatnya yang menyangkut soal nada dan susunannya dapat memukau dan menginsafi sesiapa sahaja yang mendengarnya. Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Muzzammil ayat 4 yang bermaksud:
''Bacalah al-Quran dengan sebaik-baik (Tartil)''.
Imam Bukhari dan Abu Daud juga meriwayatkan sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:
'Perindahkan al-Quran dengan suara kamu'.
Bukankah semua ini menunjukkan bahawa menyanyikan al-Quran tidak dilarang dan kerana itu menyanyi secara umum pun tidak dilarang kecuali nyanyian itu tidak sejalan dengan tuntutan Islam. Sebagai seni Islam satu ciri yang dianggap positif ialah ia tidak berkisar di sekitar manusia individu, ia mempunyai orientasi sosial dan terpancarnya keperluan bersama manusia.
Rujukan :MOHD. SHAUKI ABD. MAJID, Penolong Pengarah Yadim
Monday, March 9, 2009
Kepimpinan Dalam Erti Kata Sebenar?
Ketahuilah bahawa sekalipun kita tidak menjadi pemimpin kepada mana-mana organisasi atau pemimpin dalam masyarakat, kita tetap seorang pemimpin. Kita adalah pemimpin kepada diri kita dan setiap anggota-anggotanya. Kita memimpin akal kita dan bertanggungjawab di atas apa yang kita fikir dan putuskan dalam hidup. Kita memimpin hati kita dan bertanggungjawab di atas bisikan-bisikannya. Kita memimpin mata kita dan bertanggungjawab di atas apa yang kita lihat. Kita memimpin telinga kita dan bertanggungjawab di atas apa yang kita dengar. Kita memimpin mulut kita dan bertanggungjawab di atas apa yang kita perkatakan dan apa yang kita makan. Kita memimpin tangan kita dan bertanggungjawab di atas apa yang kita lakukan. Kita memimpin kaki kita dan bertanggungjawab di atas setiap langkah kita. Kita juga adalah pemimpin kepada persekitaran yang kita lalui setiap saat dan bertanggungjawab di atas setiap tindakbalas yang kita berikan. Inilah konsep pemimpin yang paling asas dan perlu diketahui oleh seluruh lapisan masyarakat.
Maka dengan itu, atas kesedaran ini SM(S) As Salam telah mengadakan Kursus Kepimpinan agar pelajar dapat memahami makna sebenar erti Kepimpinan agar mereka menjadi seorang pemimpin yang benar2 boleh memimpin.
Kesimpulannya, konsep kepimpinan yang paling asas yang tidak diajarkan dalam matapelajaran sekolah. Kita lebih percaya dan menumpukan kepada definisi kepimpinan yang diciptakan oleh pemikir-pemikir barat tanpa ada sedikit pun rasa untuk mengkaji semula akan ketepatannya. Tidak keterlaluan jika dikatakan, inilah yang menjadi salah satu faktor mengapa kita masih gagal membentuk keperibadian terpuji anak-anak warisan kita. Inilah yang menjadi sebab mengapa pemimpin-pemimpin hari ini baik dalam sektor awam, swasta mahupun politik gagal dalam menjalankan tugas-tugas mereka sebagai pemimpin dalam ertikata sebenar. Maka akhirnya, perbuatan seperti rasuah, pecah amanah, gajala seks, penipuan dan sebagainya sering dilakukan oleh mereka yang bergelar sebagai PEMIMPIN yang telah diberi KUASA untuk MEMIMPIN.
Wednesday, March 4, 2009
Sukan dan Kawad?
Tuesday, February 24, 2009
Tahniah Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
sila klik; http://nashijarah.blogspot.com/2009/02/bank-islam-malaysia-berhad-bimb-lebih.html
Sunday, February 22, 2009
Antara pendirian dan tingkah laku.
Sama ada sesuai atau tidak tindak-laku anda terhadap perkara-p
erkara tadi, bergantung kepada benar atau salahnya pendirian-pendirian yang telah anda buat terhadap perkara-perkara tersebut. Sah atau salahnya bergantung kepada sama ada anda telah membuat pendirian berdasarkan pengetahuan, tekaan, sangkaan atau melalui tinjauan pancaindera. Seorang kanak-kanak kecil sebagai contoh, melihat api dan melalui tinjauan pancainderanya membuat suatu tanggapan bahawa ianya suatu mainan yang cantik serta berkilauan. Tanggapan ini seterusnya mendorongnya kepada tindakan menghulurkan tangan untuk menyentuh api itu. Seorang lelaki lain melihat api yang sama dan melalui anggapan atau sangkaannya, ia membuat kesimpulan bahawa api itu memiiki suatu sifat ketuhanan atau sekurang-kurangnya, ia suatu simbol ketuhanan.Berdasarkan kepada kesimpulan ini, ia membuat ketetapan menundukkan kepala menyembah api itu, sebagai tanda p
erhubungannya dengan api itu. Orang yang ketiga melihat api itu, dan mula mengkaji keadaan semulajadi api itu serta sifat-sifatnya. Melalui ilmu pengetahuan serta kajian ia sampai kepada kesimpulan bahawa api itu boleh memasak, membakar serta memanaskan benda-benda. Selanjutnya ia membuat tanggapan bahawa perhubungan dengan api itu adalah laksana tuan dan hambanya. Api, menurut tanggapannya, bukanlah suatu mainan ataupun bersifat ketuhanan. Malahan ia merupakan suatu benda yang boleh digunakan untuk tujuan memasak, membakar atau memanaskan, bila-bila masa sahaja keperluan timbul. Kalau dibandingkan ketiga sikap yang berbeza itu, jelaslah bahawa sikap kanak-kanak dan si penyembah api itu adalah berdasarkan kejahilan mereka. Pengalaman, menidakkan tanggapan kanak-kanak tersebut bahawa api itu adalah mainan. Tanggapan si penyembah api bahawa api itu adalah tuhan atau simbol ketuhanan adalah berdasarkan kepada sangkaan atau tekaan semata-mata dan bukan atas dasar apa-apa bukti dan ilmu pengetahuan yang sebenar. Sebaliknya sikap lelaki yang menganggap api sebagai suatu agen yang berguna untuk manusia, yang jauh berbeza dari kedua-dua tanggapan di atas, adalah suatu sikap saintifik kerana ia didasarkan kepada ilmu pengetahuan.Kesimpulannya, berfikirlah atas dasar ilmu pengatuhuan yang disertakan dalil bukan sekadar dengan lunak penglihatan semata-mata.
"Tuntulah Ilmu Hingga Ke Liang Lahad"
Friday, February 20, 2009
Masyarakat Melayu dan Bumiputera Sabah tidak komited rancang kewangan.
Saturday, February 14, 2009
Amal Makruf Nahi Mungkar
Islam sememangnya sudah melarang umatnya agar jangan sesekali menyambut perayaan orang kafir dan salah satunya hari valentine ini. Megapa kita dilarang menyambut perayaan hari tersebut? Jawapannya sila klik http://mujahidinsandakan.blogspot.com/2009/02/peringatan-buat-umat-islam.html, kesanya bila mana larangan ini di endahkan maka maksiat akan bermaharajalela. Kami golongan Pemuda hanya insan yang lemah dan kerdil, sekiranya kuasa ada pada kami, maka sudah tentu akan kami laksanakan undang-undang Islam yanag mana pastinya semua manusia akan gerun untuk melakukan sebarang maksiat. Maka sebab itulah kami hanya mampu memberi peringgatan pada mereka. Dalam Al Quran dan hadis banyak menyebutkan agar semua umat Islam wajib mengamalkan “Amal Makruf Nahi Mungkar” bermaksud, Islam menyeruh kita agar melakukan perbuatan yang baik dan dalam masa yang sama mencegah perbuatan yang mungkar. Tetepi malangnya, hari ini ramai yang hanya berbuat Amal Makruf tetapi tidak pada Nahi Mungkar iaitu mencegah kemungkaran. Maka sebab itulah gejala maksiat semakin berleluasa di kalangan umat Islam sendiri.
* Harap maaf, gambar tidak berapa terang sebab kurang kualiti sikit kalau suasana malam.
sekian.
Sukan mengikat tautan ukhwah
Ruangan ini tidak ingin ku ulas lanjut suasananya, namun bagi mereka yang dijemput bersama-sama yang tidak hadir dan turut sama, rasanya agak sedikit rugi kerana tidak merasai kegembiraan yang kami rasakan. Aku mengharapkan agar di hari lain semua sahabatku agar dapat menyertai walaupun kurang minat untuk bersukan, namun itu jangan dijadikan penghalang untuk tidak menyertainya. Aku pun kaki bangku, tambahan di hari tersebut dengan kesibukan kerja tambah memenatkan badan. Tambahan pula, tiada kelengkapan sukan seperti kasut dan seluar sukan hampir melumpuhkan semangatku untuk turut serta, maka aku pun turun bermain dengan berkaki ayam dan memakai seluar “slack”. Namun semua itu, kita lupakan seketika untuk bersama sekali-sekala untuk luangkan masa bersama dalam permainan. Mungkin selepas ini kita boleh bermain bowling pula.. manfaatkan pusat sukan yang ada di Sandakan ini.
sekian.
