Daripada Ibn Umar r.a., Rasulullah s.a.w bersabda, “Tiap seorang daripada kamu adalah pemimpin dan kamu bertanggungjawab terhadap orang yang dipimpin. Imam adalah penjaga pemimpin dan bertanggungjawab kepada pimpinannya, lelaki itu pemimpin dan bertanggungjawab kepada pimpinannya, orang perempuan adalah pemimpin dalam rumah suaminya dan bertanggungjawab kepada pimpinannya, hamba adalah penjaga harta tuannya dan bertanggungjawab kepada pimpinannya, dan setiap kamu adalah pemimpin dan bertanggungjawab kepada pimpinan kamu”. (Riwayat Muslim)
Jika diamati lebih mendalam, betapa Rasululah s.a.w cuba untuk memberikan makna kepimpinan agar dapat difahami sebaik-baiknya oleh seluruh umat
manusia. Dimulakan kata-kata itu dengan ditujukan kepada kita semua dan diakhiri kata-kata itu dengan ditujukan kepada kita semua juga. Diberikan contoh bermula dari seorang imam sehinggalah kepada seorang hamba; contoh yang bermula dari semulia-mulia darjat sehinggalah serendah-rendah darjat di sisi manusia.Jika dilihat kembali kesemua firman Allah s.w.t dan hadis Rasulullah s.a.w di atas, bukankah kita dapat simpulkan bahawa setiap manusia itu adalah pemimpin. Sekaligus menyanggah pendapat yang mengatakan “
leaders are not born” (pemimpin tidak dilahirkan). Berteriaknya seorang bayi yang baru keluar dari rahim seorang ibu itu adalah teriakan seorang pemimpin yang baru dilahirkan ke dunia.
Sesungguhnya Allah mencipta dan melahirkan manusia itu sebagai khalifah di muka bumi, tidak kiralah sama ada anak itu dididik oleh ibu bapanya untuk menjadi pemimpin atau tidak.Apa kata jika kita ajar mereka dengan definisi baru yang dirumuskan seperti berikut; “Pemimpin adalah orang yang mempunyai tanggungjawab, menjaga dan melaksanakan tanggungjawab dan bertanggungjawab di atas tanggungjawab- tanggungjawabnya ” Ketahuilah bahawa sekalipun kita tidak menjadi pemimpin kepada mana-mana organisasi atau pemimpin dalam masyarakat, kita tetap seorang pemimpin. Kita adalah pemimpin kepada diri kita dan setiap anggota-anggotanya. Kita memimpin akal kita dan bertanggungjawab di atas apa yang kita fikir dan putuskan dalam hidup. Kita memimpin hati kita dan bertanggungjawab di atas bisikan-bisikannya. Kita memimpin mata kita dan bertanggungjawab di atas apa yang kita lihat. Kita memimpin telinga kita dan bertanggungjawab di atas apa yang kita dengar. Kita memimpin mulut kita dan bertanggungjawab di atas apa yang kita perkatakan dan apa yang kita makan. Kita memimpin tangan kita dan bertanggungjawab di atas apa yang kita lakukan. Kita memimpin kaki kita dan bertanggungjawab di atas setiap langkah kita. Kita juga adalah pemimpin kepada persekitaran yang kita lalui setiap saat dan bertanggungjawab di atas setiap tindakbalas yang kita berikan. Inilah sikap jika dipraktikkan, akan menjadikan diri seseorang itu lebih bertanggungjawab dan tidak mudah menyalahkan orang lain.
Ketahuilah bahawa sekalipun kita tidak menjadi pemimpin kepada mana-mana organisasi atau pemimpin dalam masyarakat, kita tetap seorang pemimpin. Kita adalah pemimpin kepada diri kita dan setiap anggota-anggotanya. Kita memimpin akal kita dan bertanggungjawab di atas apa yang kita fikir dan putuskan dalam hidup. Kita memimpin hati kita dan bertanggungjawab di atas bisikan-bisikannya. Kita memimpin mata kita dan bertanggungjawab di atas apa yang kita lihat. Kita memimpin telinga kita dan bertanggungjawab di atas apa yang kita dengar. Kita memimpin mulut kita dan bertanggungjawab di atas apa yang kita perkatakan dan apa yang kita makan. Kita memimpin tangan kita dan bertanggungjawab di atas apa yang kita lakukan. Kita memimpin kaki kita dan bertanggungjawab di atas setiap langkah kita. Kita juga adalah pemimpin kepada persekitaran yang kita lalui setiap saat dan bertanggungjawab di atas setiap tindakbalas yang kita berikan. Inilah konsep pemimpin yang paling asas dan perlu diketahui oleh seluruh lapisan masyarakat.
Maka dengan itu, atas kesedaran ini SM(S) As Salam telah mengadakan Kursus Kepimpinan agar pelajar dapat memahami makna sebenar erti Kepimpinan agar mereka menjadi seorang pemimpin yang benar2 boleh memimpin.
Aktiviti mejelajah hutan dapat menguji ketahan fizikal peserta.
Berjalan kaki menuju ke puncak bukit.
Saat tibanya di puncak kaki bukit.
Pemimpin tidak dilahirkan, tetapi dibentuk..Perbahasan antara pelajar. Isu yg dibahaskan "
Rumah Setinggan"
Karisma Vs Kepimpinan Antara pengaruh dan kuasa? Aktiviti dalam kumpulan (LDK)
Kesimpulannya, konsep kepimpinan yang paling asas yang tidak diajarkan dalam matapelajaran sekolah. Kita lebih percaya dan menumpukan kepada definisi kepimpinan yang diciptakan oleh pemikir-pemikir barat tanpa ada sedikit pun rasa untuk mengkaji semula akan ketepatannya. Tidak keterlaluan jika dikatakan, inilah yang menjadi salah satu faktor mengapa kita masih gagal membentuk keperibadian terpuji anak-anak warisan kita. Inilah yang menjadi sebab mengapa pemimpin-pemimpin hari ini baik dalam sektor awam, swasta mahupun politik gagal dalam menjalankan tugas-tugas mereka sebagai pemimpin dalam ertikata sebenar. Maka akhirnya, perbuatan seperti rasuah, pecah amanah, gajala seks, penipuan dan sebagainya sering dilakukan oleh mereka yang bergelar sebagai PEMIMPIN yang telah diberi KUASA untuk MEMIMPIN.
No comments:
Post a Comment