Baru-baru ini, aku dan beberapa orang teman-temanku telah turun padang untuk bersama promosi pendaftaran pelajar PASTI untuk kemasukan 2010. Dalam ruangan kali ini, bukan suasana promosi yang ingin aku kongsi bersama pembaca sekalian. Aku ingin membawa kepada anda suasana dan kedaifan hidup masyarakat di ruangan yang di panggil rumah setinggan.

Ini lah gambaran kawasan setinggan, anda mungkin tidak merasai suasana hidup di kawasan ini, ataupun menjejakkan kaki apatalagi tinggal dan berkeluarga dengan suasana seperti ini. Aku juga pernah tinggal di kawasan setinggan masa itu, aku masih lagi beumur dalam lingukan 6 tahun di Kg BDC yang kini hanya tinggal seribu kenangan silam yang telah di musnahkan oleh mereka yang gilakan harta dan kuasa. Aku dan keluarga telah berhijrah dari Kg BDC pada tahun 1992 selepas mengalami kebakaran ketika itu. Dan selepas itu, aku sudah tidak merasakan kehidupan setinggan.
Cuma yang ingin aku kongsi bersama, suasana setinggan tidak sama seperti dahulu kala. Mengapa?? Aku akui dalam kawasan setinggan pelbagai gejala negetif yang akan berlaku seperti penyeludupan syabu, rokok, dadah dan sebagainya. Asalnya memang setinggan, masalah seperti ini sentiasa wujud. Zaman aku kanak-kanak lagi, aku pernah dipukul dan di “sapi” oleh sekumpulan remaja yang ketagih mengisap gam selepas pulang dari mengaji Al-Quran. Jadi tidak salahlah kalau aku katakan bahawa rumah setinggan sememangnya mempunyai risiko dari segi keselamatan kanak-kanak mahupun keluarga itu sendiri. Itu dahulu, setinggan sering mendapat ancaman seperti ini dan masyarakat juga sudah lali dengan bentuk ancaman dari remaja-remaja yang tidak bermoral ini.
Namun kini, telah wujud satu ancaman yang begitu menakutkan penduduk setinggan. Ancaman ini datangnya bukan dari golongan yang tidak bermoral dan gengstar ini. Ancaman ini datangnya daripada manusia yang gilakan kuasa dan pangkat. Hampir semua kawasan setinggan di bumi Sandakan ini akan di musnahkan satu demi satu. Bermulanya di Kg BDC dan kini telah merebak di semua kawasan setinggan. Amaran untuk merobohkan sudah di keluarkan. Ancaman inilah yang sangat menakutkan penduduk setinggan.
Aku cukup terkilan bila mana melihat sendiri kedaifan masyarakat setinggan yang hidup serba kekurangan. Dengan atap rumah yang bocor, ruangan yang kecil, tiada bekalan elektrik dan air. Tetapi, mereka boleh hidup dengan bersama keluarga dengan harmoni. Namun, keriangan ini hanya seketika, betapa ramainya masyarakat di Bumi Sandakan yang merasa peritnya apabila rumah yang sekian lama mereka duduki, malah ada yang lahir dan membesar di rumah tersebut. Kini dalam ancaman untuk dirobohkan.
Maafkan aku andai kata ukilan dari hati ini membuat anda terasa.
1 comment:
餐飲設備 製冰機 洗碗機 咖啡機 冷凍冷藏冰箱 蒸烤箱 關島婚禮 巴里島機票 彈簧床 床墊 獨立筒床墊 乳膠床墊 床墊工廠 產後護理之家 月子中心 坐月子中心 坐月子 月子餐 銀行貸款 信用貸款 個人信貸 房屋貸款 房屋轉增貸 房貸二胎 房屋二胎 銀行二胎 土地貸款 農地貸款 情趣用品 情趣用品 腳臭 長灘島 長灘島旅遊 ssd固態硬碟 外接式硬碟 記憶體 SD記憶卡 隨身碟 SD記憶卡
Post a Comment